GISBH terima jemputan ke Majlis Anugerah Penghargaan dari Majalah Turcomoney di Turki

Views: 13

ISTANBUL, 30.11.2022
Syarikat Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) telah dijemput menghadiri satu Majlis Anugerah Penghargaan anjuran Majalah Turcomoney, sebuah majalah ekonomi antarabangsa di Hotel Wow, di sini baru-baru ini.

Anugerah ini bertujuan memberi penghargaan ke atas individu dan pertubuhan yang telah mengharumkan nama Turki di persada dunia.

GISBH diwakili Pengerusi Eksekutifnya, Tuan Nasiruddin Muhammad Ali, Ketua Pegawai Eksekutif, YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten, Ketua Pegawai Operasi Tuan Hasnan Abdul Hamid.

Jemputan ini merupakan kesinambungan dari penyertaan GISBH dalam Ekspo Halal Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke-9 di Sidang Kemuncak Halal Dunia ke-8 Istanbul Turki.

Membawa mesej ‘Islam Sebagai Cara Hidup’, GISBH telah muncul sebagai sebuah entiti perniagaan (bukan wakil negara sebagaimana kebanyakkan booth-booth lain) dalam ekspo tersebut melalui pembinaan pavilion dua tingkatnya yang memaparkan aktiviti dan cawangan syarikat di 15 buah negara di dunia.

Dalam majlis itu para perwakilan GISBH berpeluang bertemu Menteri Tenaga Kerja Turki, En Vedat Bilgin dan mantan Menteri Kesatuan Eropah Encik Volkan Bozkir malah turut dihadiri oleh Dato’ Bandar Ankara, pegawai perwakilan antarabangsa Turki, pegawai diplomat, birokrat dan media antarabangsa.

GISBH sebuah entiti perniagaan yang menjadikan perdagangan sebagai satu platform untuk mengajak manusia bersama-sama merasai takut pada Allah yang Maha Agung dan berkasih sayang serta berkhidmat sesama manusia.

Views: 13

Reviews for GISBH terima jemputan ke Majlis Anugerah Penghargaan dari Majalah Turcomoney di Turki

There are currently no reviews for GISBH terima jemputan ke Majlis Anugerah Penghargaan dari Majalah Turcomoney di Turki
Scroll to top