CEO MGTC Sampaikan Surat Penghargaan Atas Kerjasama GISBH Dalam Ekspo Dubai 2020

Views: 9

RAWANG, 01.07.2022
Satu surat penghargaan dari Yang Berbahagia Ts Shamsul Bahar Mohd Nor, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysian Green Technology And Climate Change Corporation (MGTC) telah disampaikan kepada Yang Berbahagia Datuk Lokman Hakim Pfordten (CEO) GISBH di atas penyertaan syarikat itu dalam Ekspo Dubai 2020, di sini baru-baru ini.

Ekspo Dubai 2020 telah diadakan di Pusat Ekspo Dubai, United Arab Emirates pada 1 Oktober 2021 hingga 30 Mac 2022. Sebanyak 192 buah negara dan 10 buah pertubuhan telah menyertai ekspo itu. Ia memberi peluang pada peserta untuk mengembangkan horizon mereka melalui pemeteraian instrumen kerjasama dengan syarikat-syarikat asing.

MGTC merupakan agensi pelaksana di bawah Kementerian Sains Dan Alam Sekitar yang dilantik bagi memastikan misi dan matlamat kerajaan mencapai semua sasaran yang ditetapkan bagi penyertaan dalam ekspo itu.

Restoran Nur Malaysia Dubai milik syarikat GISBH, telah diberi peluang oleh MGTUC menyediakan pelbagai jenis makanan istimewa Malaysia untuk para pengunjung ekspo sekaligus mempromosi budaya Malaysia.

Menurut Yg Berbahagia Ts Shamsul Baha, Kafe Nur Malaysia berjaya menarik perhatian umum dalam Ekspo Dubai 2020, di mana ramai pelanggan telah memberikan reaksi yang positif. Beliau berharap ini dapat memberikan satu pengalaman berharga kepada Nur Malaysia.

Menerusi suratnya juga, Ts. Shamsul Baha berkongsi maklumat tentang kejayaan yang telah dicapai Malaysia dalam ekspo tersebut. Di antaranya Malaysia telah berjaya menjana potensi nilai perdagangan, pelaburan dan petunjuk perniagaan bernilai lebih RM70 bilion dan menandatangani perjanjian perniagaan dengan 165 rakan dagang dari pelbagai kerajaan dan syarikat perniagaan. Selain itu, pihaknya juga menerima kunjungan dari 1.2 juta pelanggan di sepanjang tempoh ekspo berlangsung. Kemuncak kejayaan adalah memenangi Anugerah Emas BIE untuk kategori Theme Interpretation pada 30 March 2022, satu anugerah yang julung-julung kali diterima negara pada ekspo bertaraf antarabangsa itu.

Anugerah BIE ( Bureau International Des Exposition) diberi untuk mengiktiraf penyertaan peserta. BIE adalah organisasi antara kerajaan, bertanggungjawab mengawasi dan mengawal ekpo-ekspo di dunia, sejak tahun 1931.

Menurut Ts. Shamsul Baha lagi, pihaknya percaya, kejayaan yang diperoleh ini adalah hasil kerjasama pelbagai pihak termasuk Nur Malaysia. Pihaknya juga amat menghargai hubungan kerja yang rapat, sokongan dan pengorbanan yang telah diberikan.

Semoga penyertaan GISBH ini akan membuka laluan untuk penyertaan seterusnya diperingkat antarabangsa, berjuang mempromosi budaya, menjalin hubungan ukhwah sesama manusia, satu amalan yang memang lazim dilakukan menerusi aktiviti dakwah, ziarah dan tijarah, ke seluruh dunia.

Views: 9

Reviews for CEO MGTC Sampaikan Surat Penghargaan Atas Kerjasama GISBH Dalam Ekspo Dubai 2020

There are currently no reviews for CEO MGTC Sampaikan Surat Penghargaan Atas Kerjasama GISBH Dalam Ekspo Dubai 2020
Scroll to top