GISBH Topang dan penduduk desa bekerjasama menaikkan papan tanda Desa Topang di jeti pulau Topang

TOPANG, 19.06.2022
Para staf GISBH pulau Topang bergotong royong bersama penduduk Desa Topang menaikkan papan tanda dengan kata-kata, ‘SELAMAT DATANG DI DESA TOPANG Ya Allah Selamatkanlah Kami Semuanya’ di jeti yang merupakan pintu masuk ke desa ini, di sini hari ini.

Topang, salah satu desa yang terletak di Kecamatan Rangsang, Kabupaten Meranti, Provinsi Kepulauan Riau (KEPRI) merupakan lokasi terkini yang diberi tumpuan GISBH untuk dibangunkan.

Aktiviti utama penduduk pulau yang berkeluasan antara 2900 hingga 3000 hektar ini ialah menjadi nelayan dan petani khususnya menanam kelapa.

Jarak pulau Topang dari Pekan Baru, ibu negeri propensi Riau ialah sejauh 185km, ke pulau Batam dan Singapura sejauh 114km, ke Malaysia pula hanya 68.9km sahaja.

Pengerusi Eksekutif GISBH, YBhg Tuan Nasiruddin Mohd Ali mengharapkan agar projek GISBH segera dibangunkan di sini bermula dengan penghantaran staf secara berperingkat dari 25hb April 2022. Hingga kini staf GISBH yang berada di sini seramai 16 orang.

Di pulau yang mempunyai sekitar 3000 orang penduduk ini GISBH merancang untuk membangunkan projek pertanian dan perikanan yang hasilnya akan dieksport keluar.

Setakat ini GISBH telah memulakan projek berskala kecil yang dihasilkan daripada kelapa seperti minyak kelapa dara (virgin coconut oil/VCO), kerisik dan sagun.

Hubungan staf GISBH dengan penduduk tempatan juga baik di semua peringkat dari masyarakat kampung hingga ke Kepala Desa atau Tok Penghulu.

Di majlis ini, Tok Penghulu atau Pak Kades Desa Topang, Pak Samsuharto mengucapkan terima kasih kepada GISBH yang telah menaja kos papan tanda dan menggantikan bumbung zink struktur jeti bagi memeriahkan lagi Pulau Topang.

Menurut beliau, memang menjadi hasrat mereka untuk menggantikan zink tersebut memandangkan ia telah terlalu uzur namun ia tidak kesampaian kerana kekurangan dana tetapi hari ni GISBH datang menyempurnakannya.

Pak Kades menyatakan beliau akan terus memberi kerjasama kepada GISBH dalam apa juga kegiatan di masa akan datang lebih-lebih lagi GISBH memberi peluang pekerjaan kepada penduduk dan mengharapkan agar GISBH dapat mempromosikan lagi pulau Topang kepada masyarakat luar.

Moga keberadaan GISBH di mana sahaja di seluruh dunia dapat memberi manfaat kepada penduduk setempat khususnya dalam membawa syiar Islam sebagai cara hidup.

Reviews for GISBH Topang dan penduduk desa bekerjasama menaikkan papan tanda Desa Topang di jeti pulau Topang

There are currently no reviews for GISBH Topang dan penduduk desa bekerjasama menaikkan papan tanda Desa Topang di jeti pulau Topang
Scroll to top