GISBH turut memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Negeri Melaka 2023

Views: 35

MASJID TANAH, 10.05.2023
GISBH turut sama memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Negeri Melaka 2023 dengan menaja beberapa gerai jamuan, persembahan pentas dan cenderahati di majlis yang diadakan di kediaman Ketua Menteri Melaka di Villa D’Aqua, di sini baru-baru ini.

Majlis turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato Seri Zahid Hamidi, barisan kepimpinan UMNO cawangan-cawangan Melaka, YB Hj. Rosli Abdullah, ADUN Kuala Linggi, Datuk Wira Noormustafa Kamal Yahya, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif T.A.G Marine Sdn Bhd dan Nash atau Datuk Nashrudin bin Hj Elias, artis terkenal tanah air.

Untuk menambah kemeriahan majlis, YDH Tuan Nasiruddin Mohd Ali, Pengerusi Eksekutif GISBH atas nama GISBH telah menaja 7 buah gerai sebagai tambahan kepada juadah utama yang sedia ada dengan menyediakan aneka juadah antaranya mi goreng, kuetiau goreng, sate, roti canai, teh tarik, aiskrim Ikhwan, dan air minuman Ikhwan.

GISBH juga menyumbang 100 goodies beg produk Ikhwan sebagai cenderahati untuk kesemua meja VVIP di majlis ini.

Akademi Generasi Harapan dan Ikhwan Martial Arts turut berpeluang menyampaikan persembahan pembukaan yang menarik perhatian ramai selama 20 minit di pentas utama.

Di antara pengunjung yang datang ke majlis ini ada yang memaklumkan dengan gembira bahawa mereka pernah mengunjungi Wadi Berkat Dato’ Ibu Hudaibiyah di Saudi milik GISBH ketika menunaikan umrah di Mekah.

YDH Pengerusi Eksekutif GISBH, Tuan Nasiruddin Mohd Ali mewakilkan tiga orang Ahli Lembaga Penasihat (ALP) ke majlis ini iaitu Tuan Hasnan Abdul Hamid, Tuan Fadhil Yasin dan Tuan Nik Hazani yang kemudiannya menyampaikan cenderahati berupa produk Ikhwan kepada para VVIP yang hadir termasuk Datuk Nash.

Berkasih sayang merupakan kunci perpaduan ummah, justeru itu GISBH sangat komited dalam menjayakan sebarang usaha ke arah membina ukhwah dan kasih sayang dengan semua manusia lebih-lebih lagi di bulan Syawal yang penuh berkat ini.

Views: 35

Reviews for GISBH turut memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Negeri Melaka 2023

There are currently no reviews for GISBH turut memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Negeri Melaka 2023
Scroll to top