GISBH, YKPPM dan RPU melancarkan misi bantuan mangsa banjir di negeri Johor

Views: 21

SEGAMAT, 02.03.2023
GISB Holdings Sdn. Bhd, (GISBH), Yayasan Kebajikan dan Perkhidmatan Perubatan Malaysia (YKPPM) dan Remaja Pembela Ummah (RPU) telah melancarkan misi memberi bantuan kepada mangsa dalam kejadian banjir kilat di sini sejak 2 hari lalu.

Banjir kali ini menenggelamkan puluhan rumah-rumah kediaman, premis dan laluan utama di beberapa daerah di negeri Johor.

YDH Tuan Mohd Fadhil Yassin selaku Ketua Sektor Kebajikan, Kekeluargaan dan Kesihatan GISBH telah mewakilkan Tuan Nik Muhammad Al Fateh dan pasukannya untuk pergi ke beberapa lokasi banjir di sekitar Kota Tinggi, Segamat dan Kg Sungai Gatom, Labis Johor, bagi meninjau sendiri keadaan di tempat kejadian dan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) untuk menyerahkan bantuan berbentuk keperluan asas, makanan dan minuman dan lain-lain.

Restoran milik GISBH Negeri Johor pula terus menyediakan ratusan pax makanan dibawah program Dapur Prihatin Bersama (DPB) untuk di edarkan kepada mangsa banjir.

Selain itu atas perbincangan dengan ketua kampung dan ahli mesyuarat JKK Sungai Gatong, untuk menjadikan bangunan sekolah Tahfiz milik GISBH di sini sebagai tempat pelindungan sementara mangsa banjir, dan pada pagi ini juga satu keluarga mangsa banjir telah ditempatkan di sini.

Tidak ada sesuatu pun yang berlaku melainkan dengan izin Allah dan mempunyai ribuan hikmah. Moga peristiwa seperti ini memberi keinsafan kepada semua manusia dan mendorong semua untuk saling memberi bantuan kepada mereka yang berada di dalam kesusahan.

Views: 21

Reviews for GISBH, YKPPM dan RPU melancarkan misi bantuan mangsa banjir di negeri Johor

There are currently no reviews for GISBH, YKPPM dan RPU melancarkan misi bantuan mangsa banjir di negeri Johor
Scroll to top