GITT menyambut delegasi Tourism Kerajaan Negeri Pahang di Dubai

Views: 20

DUBAI, 06.05.2023
Global Ikhwan Travel Tours (GITT) UAE telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan Delegasi Tourism Kerajaan Negeri Pahang sepanjang penyertaan mereka di Arab Travel Market (ATM) di sini baru-baru ini.

ATM yang merupakan ekspo pelancongan terbesar di Timur Tengah ini telah berlangsung selama lima hari iaitu pada 1 hingga 4 Mei 2023 dan telah dihadiri lebih 40,000 orang pengunjung dari seluruh dunia.

Pihak GITT UAE yang diketuai oleh YBhg Tuan Muhammad Nafi’ telah menyambut dan menguruskan perjalanan delegasi tersebut selama keberadaan mereka di sini.

Delegasi yang diketuai oleh Dato’ Saiful Edris Zainudin, YB Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang juga diiringi YB Leong Yu Man, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Pelancongan dan Kebudayaan bersama pegawai-pegawai perlancongan dan wakil-wakil usahawan negeri Pahang.

Rombongan juga telah dibawa melawat tempat-tempat menarik di sekitar Dubai dan Abu Dhabi yang membuka mata semua bagaimana sebuah negara padang pasir begini mampu menarik melebihi 18 juta orang pelancong setahun.

Restoran Nur Malaysia Dubai turut diberi kepercayaan untuk mengendalikan Majlis Makan Malam Perhubungan Negeri Pahang yang dihadiri hampir 60 orang tetamu terdiri hadir dari pelbagai negara seperti India, Pakistan, Perancis, UAE dan lain-lain.

Para tetamu gembira dengan juadah masakan Malaysia yang dihidangkan seperti ayam masak merah, keropok lekor dan aneka manisan.

Dato’ Saiful sendiri sangat bersyukur dan seronok apabila melihat syarikat GISBH dapat bertapak di UAE melebihi 10 tahun dengan beberapa jenis perniagaan seperti restoran, pelancongan, Spa Muslimah dan Import Eksport.

En Kamaruddin Ibrahim, Pengurus Besar Tourism Pahang sangat mengharapkan agar kerjasama di antara pihak GISBH dengan Tourism Pahang dapat dikekalkan dan ditambah nilai.

Sebelum pulang ke Tanah Air, Pengarah GISBH Negara-Negara Teluk, Ybhg Tuan Muhammad Nafi’ sempat menyampaikan Plak Cenderahati kepada Dato’ Saiful serta bergambar bersama-sama.

Moga GISBH di semua cawangan di seluruh dunia dapat berkhidmat dengan sebaiknya sesama manusia agar perhubungan ini dapat diteruskan dan pertingkatkan untuk kebaikan semua pihak.

Views: 20

Reviews for GITT menyambut delegasi Tourism Kerajaan Negeri Pahang di Dubai

There are currently no reviews for GITT menyambut delegasi Tourism Kerajaan Negeri Pahang di Dubai
Scroll to top