Gotong royong membersihkan makam syuhada di Chana, Na Thap, Songkhla, Thailand

Views: 41

SONGKHLA, 18.09.2022
GISBH Thailand telah menghantar 18 orang staf-stafnya untuk melaksanakan khidmat masyarakat dengan mengadakan gotong-royong pembersihan kawasan perkuburan lama yang menjadi tempat permakaman para syuhada’ perang Patani dan Kedah melawan tentera Siam (1828-1832) di Chana, Na Thap di sini baru-baru ini.

Kawasan perkuburan yang terletak di tanah berbukit di tepi sungai tidak jauh dari muara itu menempatkan ratusan kubur lama mereka yang syahid dalam peperangan mempertahankan negara Patani dari serangan Siam.

Walaupun hampir semua kubur lama ini tidak mempunyai catatan tertentu yang boleh dijadikan bukti tetapi menurut penyampaian lisan daripada mereka yang terlibat menjaganya terdapat makam pejuang-pejuang Islam dari merata dunia dimakamkan di situ.

Antaranya makam tentera-tentera Turki yang dihantar oleh empayar Turki Uthmaniah, pejuang Islam dari Maghribi, pejuang Islam dari China dan Raja Kelantan.

Tentera-tentera Islam ketika itu diketuai oleh ulama nusantara terkenal, Syeikh Daud Al-Fatani yang kemudiannya melantik Syeikh Abdul Samad Al-Falembani sebagai panglima tentera.

Gotong royong kali ini melibatkan pembersihan kawasan yang telah ditumbuhi belukar dengan menebas pokok-pokok kecil, mengumpulkan kayu-kayu dan dedaun lalu dibakar.

Masyarakat tempatan sangat menyokong usaha-usaha GISBH kerana tanah perkuburan ini telah lama terbiar sedangkan ia bukan sahaja mempunyai nilai sejarah yang tinggi malah menyimpan jasad-jasad suci para syuhada’.

GISBH komited untuk terus membersihkan tanah pemakaman ini dan merancang untuk menambah baikkan prasarana yang sedia ada untuk kemudahan para pelawat.

Moga segala usaha GISBH ini mendapat rahmat dan berkat daripada Allah Taala dan menambah kuatkan ikatan silaturrahim dengan penduduk setempat.

Views: 41

Reviews for Gotong royong membersihkan makam syuhada di Chana, Na Thap, Songkhla, Thailand

There are currently no reviews for Gotong royong membersihkan makam syuhada di Chana, Na Thap, Songkhla, Thailand
Scroll to top