Ikhwan Aquatic sertai Kapas Marang Swimathon 2023

Views: 34

MARANG, 13.03.2023
Seramai 11 orang perenang dari Ikhwan Aquatic yang diketuai oleh Tuan Mohd Adib At-Tamimi telah menyertai Kapas Marang Swimathon 2023 dari Pulau Kapas ke Pantai Peranginan Kelulut di sini baru-baru ini.

Renangan open water swimming anjuran Kelab Renang AMMJB Elite Swimmer yang diadakan pada jarak 6.5 km dalam masa 5 jam ini disertai kira-kira 500 peserta termasuk perenang tempatan dan luar negara seperti Austria, Jerman, Poland, Indonesia, Singapura, Scotland, Amerika Syarikat dan Kanada.

Pasukan Ikhwan Aquatic di bawah GISBH sangat mendapat kekuatan daripada Tuan Mohd Adib selaku Ketua Remaja Pembela Ummah (RPU) yang bukan sahaja memberi panduan, nasihat dan kata-kata semangat untuk membela sukan sunnah berenang, malah menunjukkan contoh teladan dalam mengharungi swimathon ini walaupun tekanan dapat dirasakan seawal melihat keadaan laut yang sangat bergelora ditambah pula ia merupakan kali pertama penyertaan dari team Ikhwan Aquatic

Dengan izin Allah, seluruh peserta dari Team Ikhwan Aquatic berjaya menghabiskan renangan hingga ke Pantai Peranginan Kelulut seperti yang ditetapkan oleh penganjur setelah melalui bermacam-macam cabaran di dalam laut yang bergelora bahkan terpaksa menempuh ombak yang besar ketika hampir ke pantai.

Majoriti perenang Team Ikhwan Aquatic dapat melepasi cabaran dalam masa 3 jam didahului oleh En. Mohd Utbah, Tuan Mohd Adib, Tuan Thariq dan disusuli oleh yang lain.

Menariknya, Ikhwan Aquatic dan pasukan tampil dengan berpakaian Islamik, bersyariat serta menampilkan akhlak Islam sebagai dakwah disamping turut membawa aset syarikat GISBH seperti bot-bot GISBH iaitu ‘Somonchu Baba’, ‘Shamsuddin’ dan jet ski serta team Media Ikhwan TV dan RPU yang menjadi crew kepada Ikhwan Aquatic.

Semoga dengan penyertaan Ikhwan Aquatic di Open Water Swimming buat julung kali melalui sukan sunnah berenang ini menambah lagi satu uslub GISBH berdakwah ke tengah masyarakat dalam memperkenalkan Islam adalah cara hidup seperti yang dihasratkan oleh Excutive Chairman GISBH dan seluruh para pimpinan.

Views: 34

Reviews for Ikhwan Aquatic sertai Kapas Marang Swimathon 2023

There are currently no reviews for Ikhwan Aquatic sertai Kapas Marang Swimathon 2023
Scroll to top