Ikhwan Archery sertai Pertandingan Memanah di Dannok Archery Festival

Views: 9

DANNOK, THAILAND 17.01.2023
Ikhwan Archery, salah satu unit di bawah Jabatan Sukan Sunnah GISBH telah menyertai satu pertandingan memanah tradisional di Dannok Archery Festival pada 7 & 8hb Januari di sini.

GISBH menghantar 5 orang peserta untuk menyertai pertandingan tersebut dan dua orang petugas media dari Ikhwan TV untuk membuat liputan.

Program bermula seawal jam 8 pagi dengan sesi pendaftaran dan taklimat ringkas mengenai format pertandingan, disusuli dengan bacaan doa bagi menambahkan keberkatan majlis.

Acara diteruskan dengan perasmian pembukaan oleh Timbalan Perdana Menteri Thailand dan pertunjukan ‘Horse Back Archery’ dari pemanah-pemanah terpilih.

RPU GISBH menerima jemputan ini daripada seorang kenalan iaitu Abang Din yang mewakili penganjur yang juga meminta media Ikhwan TV menjadi sponsor kepada festival tersebut.

Acara yang berlangsung selama dua hari ini melibatkan beberapa jenis pertandingan dan kategori, antaranya Panahan Statik 70 meter, Arrow Carbon dan Natural, Target Face dan 3D Hunting, Tactical dan Dynamic.

Kategori yang dipertandingkan pula melibatkan, terbuka lelaki dewasa, terbuka wanita dewasa, terbuka remaja lelaki dan wanita juga terbuka kanak-kanak lelaki dan wanita.

Acara yang dipertandingkan ini bertujuan untuk pemilihan lima pemanah terbaik bagi mewakili Thailand untuk pertandingan peringkat antarabangsa di Istanbul Turkiye pada bulan Mei akan datang dan penganjur menjemput rakan-rakan pemanah malaysia untuk meraikan pertandingan tersebut.

Walaupun hujan turun pada penghujung acara di hari kedua pertandingan, para pemanah tidak berganjak dari tempat masing-masing, acara terus berjalan dan pemanah terpaksa memanah di dalam keadaan hujan.

Peserta RPU atas nama Ikhwan Archery telah berjaya mendapat tempat kedua di dalam pertandingan kali ini iaitu dalam acara 3D Hunting, Tactical dan Dynamic.

Mudah-mudahan dengan
penglibatan GISBH di dalam upacara seperti ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim dengan masyarakat setempat, menjadi manusia yang banyak memberi manfaat kepada manusia lainnya juga sekaligus memartabatkan sukan sunnah memanah atas nama Islam.

Views: 9

Reviews for Ikhwan Archery sertai Pertandingan Memanah di Dannok Archery Festival

There are currently no reviews for Ikhwan Archery sertai Pertandingan Memanah di Dannok Archery Festival
Scroll to top