Ikhwan Ekuestrian sertai Cabaran Endurance Piala Perdana 2022

Views: 3

PUTRAJAYA, 16.12.2022
Unit Sukan Sunnah Berkuda GISBH, Ikhwan Ekuestrian telah menyertai Cabaran Endurance Piala Perdana 2022 pada 9-10 Disember 2022 di Taman Ekuestrian Putrajaya di sini.

Cabaran Endurance Piala Perdana 2022 ialah pertandingan kuda lasak iaitu tunggangan jarak jauh dan kali ini dengan jarak 20km dan 40km.

Sebanyak 10 ekor kuda GISBH telah dibawa untuk menyertai pertandingan ini tetapi 2 ekor daripadanya terpaksa dikeluarkan atas faktor kesihatan.

5 ekor kuda menyertai pertandingan jarak 40km dan 2 ekor lagi terlibat dengan pertandingan jarak 20km di mana kesemua kuda-kuda Ikhwan Ekuestrian telah berjaya melepasi jarak yang ditetapkan.

Pihak Doktor yang mengendalikan pemeriksaan kuda memberi respon baik dengan mengatakan kuda-kuda GISBH dari segi kesihatan, masalah air, badan, pinggang dan mata semuanya sihat malah keadaan jantung kuda sangat baik.

Keadaan pasukan GISBH yang pergi dalam keadaan beruniform lengkap dengan helmet yang selaras atas nama Islam malah berdoa beramai-ramai sebelum memulakan pertandingan juga menarik perhatian ramai.

Penglibatan GISBH kali ini menjadi tumpuan masyarakat lebih-lebih lagi apabila para RPU bergaul dan beramah mesra dengan mereka.

Ramai yang bertanya tentang GISBH malah ada yang mengatakan pasukan GISBH kelihatan terbaik dan sistematik dan berpotensi untuk menguasai dunia kuda lasak di masa akan datang.

Apabila melihat penunggang-penunggang kuda GISBH, ada seorang yang mengakui para ‘rider’ GISBH mempunyai kualiti, kemahiran, kecekapan dan keberanian sebab dia sendiri melihat sebelum ini banyak ‘rider’ yang tidak kemas malah ada yang jatuh ketika menunggang.

Moga melalui sukan sunnah berkuda ini hati-hati manusia berjaya dibawa mencintai dan merindui Rasulullah SAW yang juga mencintai haiwan ternakan termasuk kuda.

Views: 3

Reviews for Ikhwan Ekuestrian sertai Cabaran Endurance Piala Perdana 2022

There are currently no reviews for Ikhwan Ekuestrian sertai Cabaran Endurance Piala Perdana 2022
Scroll to top