Ikhwan Endurance sertai CEI 1* 101KM Endurance Qualiifier, Endurance City, Dubai, UAE

Views: 198

DUBAI, 31.01.2024
Pasukan Ikhwan Endurance dari Jabatan Sukan Sunnah Berkuda GISBH telah menyertai Kejohanan Kuda Lasak di Dubai, UAE buat kali pertama baru-baru ini.

Ikhwan Endurance yang diwakili oleh Presiden Remaja Pembela Ummah (RPU), YBhg Tn. Muhammad Adib At-Tamimi, adalah satu-satunya wakil dari Malaysia yang terlibat dalam Endurance kategori CEI* 101KM, di mana terdapat 18 buah yang negara terlibat seperti Argentina, Britain, Perancis, Sepanyol, Poland, Slovakia, China, Jordan, Kazakhstan, Oman, Pakistan, India, Sri Lanka dan beberapa buah negara lagi.

Seminggu sebelum kejohanan berlangsung, Tn. Adib dan pasukan Ikhwan Endurane telah bertolak dari Hudaibiyah, Saudi Arabia ke Dubai, United Arab Emirate melalui jalan darat dengan menaiki sebuah motorhome dengan menempuh perjalanan sejauh 1900 kilometer selama 27 jam.

Antara aktiviti dan persiapan semasa di UAE bukan sahaja tertumpu kepada sukan berkuda semata-mata, tetapi Tn. Adib dan rombongan mengambil kesempatan untuk melakukan ziarah serta mencari kenalan baru.

Dengan menjalinkan perhubungan dan silaturahim dengan pelbagai pihak, banyak manfaat yang diperolehi disamping memperkenalkan Islam sebagai cara hidup yang dipraktiskan di dalam GISBH kepada masyarakat antarabangsa, lebih-lebih lagi GISBH telah bertapak di 19 buah negara.

Dalam masa yang sama, Tn. Adib dan rombongan juga meluangkan masa dengan RPU di Dubai yang merupakan staf GISBH dengan mengadakan aktiviti riadah Tactical Touch, Volley Ball dan rehlah di Pantai Hamriyah, Sharjah.

Di Kejohanan Kuda Lasak ini, Ikhwan Endurance mengambil khidmat kuda dengan kenalan stable di Dubai, kuda yang bernama Saladino tetapi digelar Tn. Adib dengan panggilan Salahuddin (Part Arabian + Spain) yang merupakan kuda yang sangat terlatih.

Kuda didaftarkan dan memasuki ‘Vet-Check’ pada 30 Januari serta pelepasan bagi kategori CEI 1* 101KM pada jam 6.30 pagi 31 Januari, untuk Loop pertama sejauh 35km, Loop ke-2 25km, Loop ke-3 21km dan terakhir Loop 4 sejauh 20km yang melibatkan sebanyak 92 ekor kuda dan peserta.

Dengan izin Allah, walaupun baru kali pertama menyertai endurance sejauh ini, Tn. Adib berjaya menamatkan 101km dan mendapat keputusan ‘Complete’ dari pihak juri dan penganjur.

Ramai kenalan dan kelab-kelab berkuda mengucapkan tahniah kepada Tn. Adib, termasuk Mr. Marco dari Itali yang melihat Tn. Adib menggunakan set saddle jenama SETZI semasa Endurance, lalu memperkenalkan dirinya adalah pemilik jenama SETZI dan juga trainer kuda di stable milik Raja Dubai. Mr Marco juga berbangga dengan pencapaian Tn. Adib, Ikhwan Endurance dan cawangan-cawangan Ikhwan Stud Farm.

Selesai Endurance, Tn.Adib dan rombongan melakukan lawatan kali ke-2 ke Al-Jiyad Stable milik Mr Ali, seorang kenalan baru yang mempunyai 300 ekor kuda di mana beliau merupakan kenalan rapat Raja Dubai, Sheikh Mohammad Al-Maktoum.

Semoga dengan penglibatan Ikhwan Endurance di Dubai ini mendapat keberkatan dari Allah dalam usaha Ikhwan Stud Farm menjalinkan silaturrahim dengan kelab-kelab berkuda di Malaysia dan juga peringkat antarabangsa untuk sama-sama mengangkat martabat Islam melalui Sukan Sunnah Berkuda yang Baginda Rasulullah SAW sendiri sangat menyarankan untuk ianya dipelajari dan dijadikan amalan.

Views: 198

Reviews for Ikhwan Endurance sertai CEI 1* 101KM Endurance Qualiifier, Endurance City, Dubai, UAE

There are currently no reviews for Ikhwan Endurance sertai CEI 1* 101KM Endurance Qualiifier, Endurance City, Dubai, UAE
Scroll to top