Ikhwan Equestrian sertai International Show Jumping cabaran Piala Presiden

Views: 29

AMPANG, 31.05.2023
Seramai 15 orang dari Jabatan Sukan Sunnah Berkuda GISBH atau Ikhwan Equestrian (IE) telah terlibat dalam pertandingan kuda International Show Jumping Piala Presiden di Polo Club, Selangor, 5, Jalan Ampang Hilir, di sini baru-baru ini.

IE yang diwakili 7 orang penunggang dan 8 orang pembantu, menyertai 2 kategori iaitu acara jumping setinggi 40-50cm dan 70-60cm.

Ini merupakan kali ke-3 penyertaan IE dalam acara Jumping dan Allah izinkan IE berjaya mendapat tempat pertama dan ketiga untuk kategori 40-50cm dan meraih tempat pertama dan keempat untuk kategori 70-60cm.

Majlis perasmian pertandingan ini dan acara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan bersama Ybhg Tan Sri Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Rahman, Presiden Persatuan Ekuestrian Malaysia.

Biasanya, masa yang diambil untuk melatih kuda-kuda baru dalam sukan Jumping ini adalah 6 bulan tetapi untuk pertandingan kali ini, IE hanya mengambil masa sebulan untuk melatihnya dengan panduan dan bimbingan jarak jauh daripada YDH Tuan Mohd Adib At-Tamimi, CCO GISBH merangkap Presiden RPU yang kini sedang menjalankan lawatan kerja di cawangan GISBH Wyong Creek, Sydney, Australia Barat.

Matlamat utama IE menyertai pertandingan ini bukan untuk meraih kemenangan semata-mata, tetapi untuk bersilaturrahim dan berkenalan dengan pelbagai golongan seperti Pengurus Imtaz NSF, Dato Pintaz (Pemilik Cowboytown) dan badan-badan kerajaan seperti ATM, PDRM dan DBKL.

Semoga pertandingan sukan berkuda seperti ini terus dijadikan platform mengukuhkan ikatan ukhwah dan kasih sayang dengan banyak pihak, samada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa yang akan membuahkan kerjasama di masa hadapan.

Views: 29

Reviews for Ikhwan Equestrian sertai International Show Jumping cabaran Piala Presiden

There are currently no reviews for Ikhwan Equestrian sertai International Show Jumping cabaran Piala Presiden
Scroll to top