LEMBAH BIDONG, 19.03.2023
Ikhwan Equestrian di bawah syarikat GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) telah menyertai Kejohanan Kuda Lasak Antarabangsa Piala YAB Menteri Besar Terengganu 2023 di International Endurance Park (TIEP) di sini baru-baru ini.
Terdapat pelbagai acara yang dipertandingkan dan Ikhwan Equestrian terlibat dalam pertandingan Barrel Race, Cross Country, Musical Chairs, Vip Ride 15 KM, Mini Endurance 30 KM serta Cen 80 KM.
Terdahulu, untuk sampai ke lokasi pertandingan dari Pusat Perniagaan Ikhwan Bandar Country Homes Rawang, YBhg Tuan Mohd Adib At-Tamimi selaku Ketua Pegawai Penyelaras GISBH dan Presiden Remaja Pembela Ummah (RPU) telah menyusun seramai 138 RPU menaiki bas dua tingkat, dua buah coaster,
sebuah food truck, 4 buah kenderaan pacuan empat roda dan 3 buah motosikal berkuasa tinggi.
Menteri Besar Terengganu YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar telah merasmikan pertandingan itu dan membuat pelepasan ‘Flag Off’ bagi kategori CEN 80 KM, CEN 100 KM dan juga CEI 100 KM.
Royal Terengganu Endurance Stable (RTES) merupakan penganjur bagi kejohanan ini, menjemput para peserta termasuk Ikhwan Equestrian untuk hadir pada majlis jamuan makan malam dan sesi penyampaian hadiah.
Selain terlibat dengan kejohanan tersebut, RPU yang ‘berkampung’ selama empat hari di sini juga menjalani aktiviti sukan ‘Tactical Touch’ di Kuala Terengganu serta program rehlah di Lata Tembakah, Besut, bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturrahim dan kasih sayang sesama mereka juga membina hubungan dengan masyarakat.
Semoga dengan usaha menyahut seruan Baginda Rasulullah SAW iaitu untuk menghidupkan sukan sunnah berkuda dan berkasih sayang dalam aktiviti sukan dan rehlah akan terjalinlah kemesraan sesama mereka juga bersama masyarakat setempat.