Ikhwan Farmasi Subang adakan CSR di SK Subang Bestari

Views: 527

SUBANG, 29.11.2023
Sempena Minggu Pendidikan Khas Integrasi di Sekolah Kebangsaan Subang Bestari, pasukan Ikhwan Farmasi dan Pusat Rawatan Komplimentari Ikhwan (PRKI) dari Pusat Perniagaan Ikhwan Subang telah dijemput untuk turut serta menjalankan Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility) pada guru-guru, staf dan pelajar-pelajar, di sini baru-baru ini.

Ikhwan Farmasi terletak di 41-G, Jalan Uranus AG U5/AG, Taman Subang Impian, Shah Alam, menjual pelbagai jenis ubat dan makanan kesihatan tambahan dan memberi perkhidmatan nasihat perubatan oleh juru farmasinya Tuan Haji Bahari Mahat.

PRKI yang terletak di No 43, Jalan Uranus AG U5/AG, Subang Impian pula menyediakan perkhidmatan perubatan alternatif Islam seperti rawatan cara rukyah, akupuntur, homeopati, rawatan selepas bersalin, urut, penjagaan muka dan SPA.

Kedua-dua perniagaan ini di bawah naungan dan bimbingan Syatikat GISB Holdings Sdn Bhd.

Di antara perkhidmatan yang dijalankan sempena Minggu Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Subang Bestari termasuklah pemeriksaan percuma untuk tekanan darah, BMI (Status Obesiti), berat badan, ketinggian, khidmat nasihat kesihatan dan ujian saringan kesihatan.

Selain itu pemeriksaan HBA1C, Uric Acid, Glucose, total kolesterol dan kolesterol 6P-TC, TG, HDL, LDL dan non HDL turut diadakan pada kadar bayaran lebih rendah dari biasa.

Semoga kerjasama antara pihak sekolah dengan GISBH akan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang demi membantu dan memberi kemudahan kepada orang ramai khususnya mereka yang kurang berkemampuan.

Views: 527

Reviews for Ikhwan Farmasi Subang adakan CSR di SK Subang Bestari

There are currently no reviews for Ikhwan Farmasi Subang adakan CSR di SK Subang Bestari
Scroll to top