Ikhwan Maritime Jadi Nelayan Kerana Tuntutan Fardhu Kifayah

Views: 14

PASIR PUTEH, 19.03.2022.
Demi menunaikan tuntutan Fardhu Kifayah, Pengerusi Eksekutif GISBH, Tuan Nasiruddin Mohd Ali bukan sahaja telah membeli sebuah kapal nelayan laut dalam, dua buah kapal api, pukat malah menanggung kos baik pulih serta ‘up grade’ yang memakan belanja tidak kurang daripada RM1 juta di Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan tahun lalu.

Kapal utama ini Tuan Pengerusi Eksekutif namakan ‘Baba Al-Fateh’ dan diuruskan oleh satu kumpulan majoritinya dari kalangan Remaja Pembela Ummah (RPU) yang dinamakan Ikhwan Maritime.

Di samping bertujuan untuk membekalkan hasil laut kepada umat Islam, beliau mengharapkan para remaja GISBH belajar kemahiran menangkap ikan di laut,
menghayati kehidupan para nelayan yang sangat sukar demi mencari rezeki juga menunjukkan contoh kepada para nelayan bahawa kehidupan bersyariat boleh dilaksanakan di mana sahaja walaupun di tengah laut.

Baru-baru ini, setelah beberapa hari keluar ke laut hingga ke perairan Terengganu, para nelayan muda GISBH dengan tunjuk ajar tekong dan awak-awak dari Thailand, Allah izinkan berjaya menaikkan beberapa tan hasil tangkapan dengan nilai jualan hampir RM22,000.00.

Kebanyakan ikan yang ditangkap ialah ikan tongkol hitam atau longtail tuna yang dikenali oleh masyarakat tempatan sebagai ikan aya hitam. Ikan ini mempunyai nilai pasaran yang agak baik iaitu harga tolak di jeti sebanyak RM7.50 manakala di pasaran runcit pula sebanyak RM13 sekilogram.

Para nelayan muda Ikhwan Maritime turut mengajak tekong dan awak-awak menunaikan sembahyang berjemaah di surau kapal sepanjang keluar memukat ikan sebagai usaha managih bantuan dari Allah dan mensyukuri segala nikmat kurniakan-Nya.

Moga pengalaman yang bertambah seiring berlalu masa yang lama di bidang tangkapan ikan laut dalam ini akan meningkatkan kemahiran kluster nelayan GISBH dalam ilmu menangkap ikan di perairan laut dalam dan berjaya membawa hasil laut sebanyak-banyaknya.

Adalah menjadi hasrat Pengerusi Eksekutif GISBH, Tuan Nasiruddin Mohd Ali agar GISBH menjadi peneraju dalam di bidang perikanan di Malaysia seperti juga hasrat beliau agar GISBH membina empayar ayam dan daging demi menunaikan tuntutan Fardhu Kifayah.

Views: 14

Reviews for Ikhwan Maritime Jadi Nelayan Kerana Tuntutan Fardhu Kifayah

There are currently no reviews for Ikhwan Maritime Jadi Nelayan Kerana Tuntutan Fardhu Kifayah
Scroll to top