MEKAH, 03.03.2024
Untuk lebih mewibawakan Stable Kuda di Wadi Berkat Dato’ Ibu Hudaibiyah yang telah dikunjungi lebih 100 ribu pelawat, Ikhwan Stud Farm Mekah telah membeli seekor kuda jantan baka Arab tulen atau purebred Arabian Stallion di sini semalam.
Pembelian kuda yang berdaftar atas nama ‘Fzae’, berwarna coklat cerah (chestnut) ini telah dilakukan oleh CCO GISBH, YBhg Tuan Muhammad Adib At-Tamimi demi meyahut hasrat Pengerusi Eksekutif GISBH, YBhg Tn. Hj. Nasiruddin Mohd Ali untuk menambah bilangan kuda-kuda milik GISBH di bumi Haramain sebagai aset syarikat menyambung usaha yang dimulakan oleh Dato’ Ibu Hatijah Aam di sini dahulu.
Kuda jantan ini baru berumur 7 tahun dan memiliki bentuk tubuh badan yang sihat dan tangkas hasil latihan pemilik asalnya, saudara Abdul Rahman.
Kuda ini juga mempunyai ciri baka kuda Rasulullah SAW iaitu terdapat kesan cap ibu jari (Prophet Thumb) dan mermiliki susur galur garis ketururan dari baka Arab Perancis, Rusia dan Mesir.
Kuda yang telah 2 kali memasuki perlumbaan kuda lasak (endurance) bagi kategori 2*120km ini dinamakan ’Sultan Feza’ oleh Tn. Pengerusi Eksekutif GISBH.
Terdahulu, saudara Abdul Rahman banyak berkongsi kepada pasukan Ikhwan Stud Farm, ilmu-ilmu tentang kuda sepanjang penglibatan beliau dalam dunia sukan kuda lasak sejak tahun 2015 lagi.
Hasil dari minat yang mendalam terhadap sukan sunnah berkuda, beliau telah banyak membuat kajian baka-baka keturunan kuda, teknik latihan, cara pemakanan, rawatan dan pengurusan sesebuah stable.
Saudara Abdul Rahman teruja dan yakin apabila melihat Tn. Adib cuba menunggang kuda tersebut sebelum urusan jual beli dan yakin dengan ilmu dan kebolehan Tn. Adib dalam mengendalikan kuda.
Beliau juga gembira dapat menjualnya kepada Ikhwan Stud Farm kerana yakin dapat meneruskan penjagaan kuda tersebut dengan baik.
Walaupun hanya memiliki tanah seluas 2 ekar sahaja, Abdul Rahman yang mempunyai 32 orang staf telah membangunkannya lengkap dengan kemudahan yang selayaknya untuk persiapan kuda-kuda endurance hanya dalam masa 4 bulan dengan menelan belanja 1 juta Riyal Saudi.
Moga melalui sukan sunnah berkuda ini, GISBH akan dapat menambah kawan dan sahabat dari pelbagai latarbelakang untuk saling berukhwah dan bersilaturrahim.