Ikhwan Swimmer sertai Kejohanan Renang Laut Oceanman Pulau Redang

Views: 831

KUALA NERUS, 29.08.2023
Ybhg Tuan Muhammad Adib At-Tamimi, Presiden Remaja Pembela Ummah (RPU) GISBH mengetuai 10 orang perenang dari Ikhwan Swimmer menyertai Kejohanan Renang Laut Terbuka Oceanman@ Redang 2023 berlangsung pada 26-27 Ogos di sini baru-baru ini.

Seramai 501 orang peserta daripada 31 negara menyertai pertandingan itu yang meliputi kawasan sekitar perairan Pulau Redang iaitu Pulau Paku Kecil dan Pulau Paku Besar.

Pertandingan dianjurkan Oceanman, sebuah entiti perniagaan antarabangsa yang mengendalikan pertandingan renang di pantai-pantai terkenal seluruh dunia. Penganjuran Oceanman kali terakhir diadakan adalah pada tahun 2018 sebelum pandemik COVID-19 di Langkawi.

Sebanyak lima kategori berasingan dipertandingkan iaitu acara berpasukan (3 x 500m), kanak-kanak (500m), pecut (2km), separuh Oceanman (5km) dan kategori utama iatu Oceanman (10km) di mana GISBH telah menghantar 11 orang peserta menyertai acara 5km dan 2km.

Yuran penyertaan yang dikenakan bagi penyertaan 11 orang peserta adalah rm4000, tetapi atas tawaran dari Mr Sundeep Kumar@Mr Sandi selaku Event Organizer dan Ketua Pegawai Eksekutif Oceanman Redang, beliau telah menaja percuma pada kesemua penyertaan dari peserta GISBH pada kali ini.

Mr Sandi teruja dengan kesungguhan pasukan yang diterajui Tuan Adib dalam pertandingan ini dan memberitahu pada rakan-rakannya yang lain bahawa pasukan ini disifatkan sebagai “One of the strongest OWS Team.”

Rata-rata pengunjung yang ditemui di kalangan peserta sudah mengenali pasukan GISBH kerana pernah bersama-sama terlibat dalam pelbagai pertandingan renang, malah kehadiran pasukan Ikhwan Swimmer memberi kekuatan bagi mereka terutama pada perenang-perenang solo yang tidak terikat dengan mana-mana kelab renang dan mereka tumpang berbangga kerana ada satu kelab renang terlibat sama bertanding di atas nama Islam.

Meraih kemenangan bukanlah matlamat utama penyertaan Ikhwan Swimmer dalam pertandingan memandangkan kebanyakkan mereka tidak menjalani latihan profesional dalam bidang ini tetapi menurut Tuan Adib, “Kita nak ambil pengalaman, bukan saja berenang tapi bergaul dengan masyarakat dari seluruh peringkat.”

Semoga usaha Ikhwan Swimmer dalam mengembalikan maruah Islam dalam bidang sukan sunnah berenang di persada antarabangsa di samping belajar bergaul mengenali masyarakat pelbagai bangsa dan keturunan, diredhai Allah dan diberi kejayaan.

Views: 831

Reviews for Ikhwan Swimmer sertai Kejohanan Renang Laut Oceanman Pulau Redang

There are currently no reviews for Ikhwan Swimmer sertai Kejohanan Renang Laut Oceanman Pulau Redang
Scroll to top