Ikhwan TV dan GISBH hadiri Majlis Apresiasi Angkatan Pertahanan Awam

Views: 578

PUTRAJAYA, 23.08.2023
Ikhwan TV dan GISBH telah dijemput menghadiri Majlis Apresiasi Penyediaan Video Pendek Fungsi Angkatan Pertahanan Awam (APM) di restoran Ikhwan Delights di sini hari ini.

Turut hadir dalam majlis yang bermula pada jam 12 tengahari, Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan Pertahanan Awam PPj (PA) Ghazali Abdul Rahman, para pegawai atasan dari pelbagai agensi iaitu Civil Defense Emergency Response Team (CDERT) OHHSEM, AI Global, Bahagian Pengurusan Angkatan (BPA) Ibu Pejabat Pertahanan Awam (IPPA), Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi (BPBO) IPPA, APM Wilayah Persekutuan Putrajaya dan 2 orang wakil dari GISBH dan Ikhwan TV.

Majlis ini diadakan bertujuan meraikan kejayaan Bahagian Pengurusan IPPA Putrajaya menjuarai pertandingan Video Pendek berasaskan Kefungsian APM di dalam akta Pertahanan Awam (Akta 221) yang telah dianjurkan baru-baru ini.

Pertandingan tersebut telah disertai APM seluruh Malaysia, dengan menampilkan fungsi dan peranan Pertahanan Awam berdasarkan tajuk yang telah diberikan berpandukan Akta Pertahanan Awam (Akta 221).

Pihak APM Putrajaya telah memohon bantuan GISBH membuat video tersebut secara rasmi pada YBhg Tuan Nasiruddin Mohd Ali, Pengerusi Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif GISBH.

GISBH melalui anak syarikatnya Ikhwan TV telah membuat penggambaran dan dapat menyiapkan pembikinan video tersebut dalam masa 3 hari yang kemudiannya berjaya muncul sebagai juara dalam pertandingan ini.

Dalam majlis Apresiasi ini wakil GISBH, Ikhwan TV dan semua pihak yang terlibat dalam pembikinan video tersebut telah menerima sijil penghargaan dari PPj (PA) Ghazali Abdul Rahman.

2 orang wakil dari Ikhwan TV dan GISBH telah hadir menerima sijil penghargaan itu bagi pihak Ybhg Tuan Muhammad Adib At-Tamimi selaku Pengarah Sektor Media dan Tuan Afdhaluddin Latiff selaku Setiausaha Sektor Media GISBH.

Dalam ucapannya, Pengarah Bahagian Pengurusan APM itu berulangkali mengucapkan terima kasih dari pihaknya kepada GISBH dan Ikhwan TV atas kerjasama yang telah diberikan pada APM WP(Putrajaya) dalam banyak acara dan program dibuat sebelum ini.

Pihak APM juga telah membuat tempahan katering dengan restoran Ikhwan Delight untuk majlis ini dan majlis diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai.

Semoga hubungan baik sedia ada di antara pihak APM Putrajaya dan GISBH akan terus kekal dan pelbagai program usahasama dapat dijayakan demi kebaikan kedua pihak.

Views: 578

Reviews for Ikhwan TV dan GISBH hadiri Majlis Apresiasi Angkatan Pertahanan Awam

There are currently no reviews for Ikhwan TV dan GISBH hadiri Majlis Apresiasi Angkatan Pertahanan Awam
Scroll to top