‘Influencer’ Tik Tok ingin Malaysia dikenali sebagai ‘Syurga Makanan Halal’

Views: 59

KUALA LUMPUR, 20.10.2022
Ariel Koh, seorang promoter rakyat Malaysia berketurunan Cina, bukan Islam dan ‘influencer Tik Tok’ terkenal yang mempunyai lebih 350 ribu pengikut telah terpilih menjadi salah seorang penceramah di Persidangan Pelancongan Islam Sedunia atau World Islamic Tourism Conference (WITC) di Dewan Tun Hussien Onn, Pusat Dagangan Dunia, di sini pada 17-19 Oktober 2022, ingin menjadikan Malaysia dikenali sebagai ‘syurga makanan halal’.

Bergerak aktif dalam media sosial Tik Tok, beliau merupakan ‘Food Content Creator’ yang memberi maklumat tentang kewujudan makanan halal menerusi platform ‘Halal Food And Travel’ kepada para pelancong seluruh dunia.

Di dalam persidangan WITC, sebagai salah seorang penceramah, beliau telah membentangkan tajuk ‘Inspiring Muslim Tourists with Engaging Content and Technology’ yang membawa maksud menginspirasi pelancong Islam dengan maklumat menarik menerusi teknologi media.

WITC dianjurkan oleh Pusat Pelancongan Islam (ITC) di bawah Agensi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), membincangkan program dan langkah-langkah untuk memperkasakan
industri pelancongan Islam di Malaysia agar dapat memberi impak yang signifikan kepada sosio-ekonomi negara, khususnya di era pasca covid-19.

“Ini termasuklah program yang membabitkan produk pelancongan mesra Muslim, hub halal serta keyakinan terhadap jenama pelancongan Islam,” menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri.

Syarikat GISB Holdings Sdn Bhd menerusi anak syarikatnya, GISB Travel & Tours (GITT) telah menghadiri persidangan tersebut di mana wakil GITT, Puan Aqilah Yusof sempat bertemu Cik Ariel Koh yang teruja apabila mengetahui GISBH telah membuka restoran di 15 buah negara malah sebahagiannya telah bertapak lebih 30 tahun yang lalu.

Rangkaian restoran milik GISBH ini bukan sahaja menjual pelbagai menu masakan Malaysia dan lain-lain yang patuh syariat Islam di sudut penyediaan makanan dan pakaian stafnya malah sekaligus mempromosikan negara Malaysia kepada masyarakat antarabangsa

Menerusi perbualan dengan Pn Aqilah, ‘Influencer Tik Tok’ itu sangat teruja apabila mengetahui syarikat GISBH telah terlebih dahulu menerajui hasrat kerajaan dalam mempromosi produk pelancongan halal dari Malaysia.

Usaha membuka restoran GISBH di pelbagai negara dunia, bukanlah satu perkara yang mudah, tetapi demi memberi khidmat terbaik untuk menyantuni semua golongan manusia ia tetap diteruskan oleh para pimpinan GISBH sebagai melaksanakan tuntutan hadis Nabi, sebaik-baik manusia adalah mereka yang paling banyak berkhidmat kepada orang lain.

Views: 59

Reviews for ‘Influencer’ Tik Tok ingin Malaysia dikenali sebagai ‘Syurga Makanan Halal’

There are currently no reviews for ‘Influencer’ Tik Tok ingin Malaysia dikenali sebagai ‘Syurga Makanan Halal’
Scroll to top