International Islamic Business Forum di MITC Melaka

Views: 921

MELAKA, 01.02.2024
Bertepatan dengan Tahun Melawat Melaka 2024 (VISIT MALACCA 2024) ditambah lagi sebagai satu tempat yang sangat bersejarah dan terkenal hebat ketika pemerintahan Kesultanan Melaka dahulu maka amat relevan diutamakan pengisian program pembangunan modal insan dengan diadakan forum Islam seperti ini di negeri ini.

Oleh itu satu pertemuan di antara Pengerusi Eksekutif (PE) merangkap Ketua Pegawai Eksekutif GISBH, YBhg. Tn. Hj. Nasiruddin Mohd Ali dengan Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh telah diadakan di kediaman beliau di Taman Kota Laksamana, di sini hari ini.

Turut bersama PE GISBH, Ketua Pegawai Operasi GISBH, Tn. Hj. Hasnan Abd Hamid, Ahli Lembaga Penasihat GISBH, Tn. Hj. Mohd Fadhil Yasin dan beberapa pimpinan yang lain.

Tujuan pertemuan ini ialah untuk membincangkan perancangan mengadakan majlis GISB International Islamic Business Forum (GIIBF) yang pernah dianjurkan oleh GISBH pada tahun 2019 di Hotel Putrajaya Marriott.

GISBH juga berpengalaman terlibat dalam banyak ekspo-ekspo di peringkat antarabangsa terutamanya ‘OIC Halal Expo’.

Turut diperbincangkan dalam pertemuan dengan Ketua Menteri Melaka kali ini ialah hasrat GISBH untuk membangunkan Muzium Islam Melaka dan Muzium Rasulullah SAW di negeri Melaka.

Moga negeri Melaka mendapat kemajuan dan keberkatan daripada Allah SWT dengan perlaksanaan program-program untuk membesarkan Allah dan rasul-Nya.

Views: 921

Reviews for International Islamic Business Forum di MITC Melaka

There are currently no reviews for International Islamic Business Forum di MITC Melaka
Scroll to top