Isteri Gabenor Phuket hadiri majlis berbuka puasa bersama GISBH

Views: 4

PHUKET, 27.04.2022
Isteri Gabenor Phuket Tuan Narong Woonciew, Puan Burndee Wunsiew telah meluangkan masa menyambut kedatangan Pengerusi Eksekutif GISBH, YBhg Tuan Nasiruddin Mohd Ali dan rombongan seterusnya hadir ke majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh Sekolah ‘Islam Phattana Phuket’, sekolah menengah di bawah GISBH di sini hari ini.

Turut sama dalam majlis tersebut ialah Pengarah GISBH Thailand, YBhg Tuan Ahmad Anuar Abd Rahman, Pengerusi Yayasan Global Ikhwan Foundation Thailand (GIFT), En. Phairat Anannab dan Pengarah Sekolah Islam Phattana, En. Samaphon Leasan.

Puan Burndee Wunsiew yang merupakan Pengerusi Persatuan Kebajikan Negeri Phuket, diberi penerangan berkenaan Sekolah Islam Phattana yang merupakan sebuah yayasan dan pusat pendidikan yang memberi ilmu, pendidikan dan latihan kemahiran hidup kepada pelajar-pelajar untuk menjadikan Islam sebagai cara hidup dengan cara membina insan dan membentuk akhlak mereka dalam kehidupan.

Puan Bundee berkata, beliau sangat teruja dan kagum dengan akhlak dan aktiviti pelajar-pelajar dan pencapaian sekolah Islam Phattana yang berjaya melahirkan remaja yang berdikari hasil melaksanakan Islam sebagai cara hidup.

Puan Bundee sanggup membatalkan program beliau mengiringi suaminya, Gabenor Phuket ke sebuah program di bandar Kamala di sini, kerana ingin meraikan Pengerusi Eksekutif GISBH di program berbuka puasa ini dan menyampaikan hadiah kepada sekolah Islam Phattana.

Di akhir program, beliau menyatakan hasrat untuk datang lagi untuk melihat sendiri aktiviti kehidupan Islam yang indah dan harmoni.

Moga Islam dapat diperjuangkan secara praktikal oleh seluruh umat Islam di dalam kehidupan hingga memberi kesan di hati mereka yang melihatnya untuk merasakan keindahan Islam lalu dibuka hidayah untuk menerima agama yang suci ini.

Views: 4

Reviews for Isteri Gabenor Phuket hadiri majlis berbuka puasa bersama GISBH

There are currently no reviews for Isteri Gabenor Phuket hadiri majlis berbuka puasa bersama GISBH
Scroll to top