Jadikan perniagaan untuk membesarkan Allah

Views: 1

PHUKET, 22.02.2023
Usaha menjalinkan silaturrahim; ziarah, dakwah dan tijarah rombongan GISBH di Phuket diteruskan dengan menziarahi kafe Roti & Chachak Station milik Ustaz Siddiq di sini, baru-baru ini.

Kafe ini menyediakan hidangan masakan panas, roti canai, murtabak dan pelbagai minuman dengan 9 orang pekerja termasuk beliau dan isterinya.

Pengunjungnya bukan sahaja di kalangan orang Islam selatan Thai dan Phuket malah di kalangan para pelancong dari hotel dan penginapan berdekatan.

Mengambil peluang kedatangan YBhg Tuan Nasiruddin Mohd Ali, Chairman GISBH, Ustaz Siddiq mengajak dua orang staf lelakinya untuk mendengar nasihat-nasihat daripada Tuan Nasiruddin.

“Yang sangat penting jaga sembahyang sebab hidup kita bila-bila kita boleh mati. Allah bagi sekejap je atas muka bumi ni. Perkiraannya nanti di dalam kubur, di akhirat yang kekal abadi.”

“Kalau semata-mata hidup di dunia semua menjalani kehidupan termasuk orang kafir atas perkiraan mereka sedangkan kita orang Islam, Allah dah turunkan dan utuskan para Nabi menjadi petunjuk pada kita.”

“Kita hidup di zaman Islam telah terhina, seluruh dunia orang telah tolak Islam sebab Islam tak ada contoh yang betul-betul nak perjuangkan Islam, makanan pun sebahagiannya orang lain buat, sekarang kita berazam, kita nak usahakan makanan kita sendiri.”

Tuan Nasiruddin Mohd Ali jelaskan, “Itu antara sebab kami datang ke sini, kami nak buat semua projek-projek itu. Itulah niatnya. Semua kita nak buat dan kita nak keluarkan produk kita sendiri.”

Tuan Chairman GISBH menerangkan, sebelum memulakan apa-apa projek perniagaan atas nama Islam, perlu dilatih semua orang agar menjadi orang yang taat dan jujur kerana kita ada Allah, kita taat dengan Allah, itu akan menjadikan orang-orang yang terlibat bersih hati.

“Yang penting bersih hati, jaga makan, jaga minum, kemudian jaga akhlak kita. Kita orang Islam, Islam itu dah cantik, indah dah, cuma kalau kita tak faham, Islam itu rosak di tangan kita, ini yang nak dikoreksi.”

Di akhir pertemuan, YBhg Tuan Nasiruddin mengajak semua agar sangat bersyukur dengan rasa syukur yang sampai ke lubuk hati, begitu juga bertaubat sampai ke lubuk hati sebab semua kita adalah hamba Allah.

Begitulah pertemuan demi pertemuan yang diadakan di mana-mana sekalipun dengan sesiapa sahaja, matlamat asal untuk membesarkan Allah dan Rasul itulah yang paling utama dalam perniagaan GISBH di seluruh dunia.

Views: 1

Reviews for Jadikan perniagaan untuk membesarkan Allah

There are currently no reviews for Jadikan perniagaan untuk membesarkan Allah
Scroll to top