Jeneral Tentera Thailand saksi MoU GISBH dengan Usahawan Komuniti Siam Nusantara

Views: 353

CHANA, 4 September 2024
Jeneral Saranyu Sangli, Timbalan Pengarah Pusat Keamanan dan Keselamatan 3 wilayah hadir menjadi saksi majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Komuniti Persaudaraan Siam Nusantara dengan GISB Holdings Sdn Bhd di sini hari ini.

GISBH diwakili oleh Pegawai Tadbir Syarikat, Tn. Maaruf Kasim dan Komuniti Persaudaraan Siam Nusantara diwakili Presiden Komuniti, Mr. Chaiya.

Turut menyaksikan MoU ini, Datuk Nasiruddin Mohd Ali, Pengerusi Eksekutif GISBH. dan Dr. Abdulhalim Diana, Penasihat Komuniti Persaudaran Siam Nusantara.

MoU ini telah ditandatangani di Pejabat Komuniti Siam Nusantara di No. 32/20, Kampung 2, Mukim Ban Na, Daerah Chana, Wilayah Songkhla.

Antara perkara yang dipersetujui kedua belah pihak ialah membentuk kerjasama dalam bidang akademik, tenaga kerja, dan memberi pengetahuan serta kemahiran kepada petani dalam penternakan ayam pedaging.

Pengerusi Eksekutif GISBH dalam ucapannya mengajak semua hadirin bersyukur kerana projek yang hendak dibuat ini adalah satu usaha membina perpaduan dan kasih sayang.

“Projek yang kita nak buat ini satu-satunya projek untuk menyatukan umat Islam. Majlis Agama Islam Songkhla sangat setuju sebab ia dikaitkan dengan Islam adalah cara hidup,” ujar beliau.

Jeneral Saranyu dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada Datuk PE GISBH, dan GISBH yang sudi memberi peluang kepada rakyat Thailand untuk membangunkan projek ternakan ayam sihat Ikhwan.

“Usaha ini boleh menyumbang ke arah perpaduan dan membawa kepada keamanan dan keselamatan dalam masyarakat, khususnya di 3 wilayah selatan Thailand yang boleh membantu penduduk mendapat pekerjaan dan pendapatan.

“Apabila penduduk ada pekerjaan dan pendapatan, ia boleh membawa kepada keamanan dan keselamatan dalam masyarakat dan boleh mewujudkan perpaduan dan kehidupan yang sihat dan sejahtera,

“Usaha ini sangat baik untuk masyarakat dan negara, dan sekali lagi saya mewakili kerajaan Thai ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Chairman dan syarikat GISBH yang sudi menganjurkan projek ini untuk kita sama-sama mendapat faedah keamanan dan kesejahteraan,” ujar beliau.

Diharapkan projek yang mendapat sokongan pihak keselamatan, agamawan dan komuniti Muslim ini dapat dijayakan untuk kebaikan bersama.

Views: 353
Scroll to top