Jus buah asli tanpa gula, produk terbaru GISBH dari Mekah

Views: 364

RAWANG, 22.07.2023,
GISBH telah memulakan pengedaran dan jualan runcit jus buah asli tanpa gula tambahan yang diimport dari Saudi apabila 4 kontena berisi 8448 karton jus buah asli dan 1 kontena berisi 2304 karton air berkarbonat perisa limau telah selamat sampai di pelabuhan Klang dari Jeddah baru-baru ini.

Produk Ikhwan Brand terkini ini terdiri daripada Jus Epal Ikhwan, Jus Jambu Batu Ikhwan dengan pemanisnya koktel anggur, Jus Nanas Ikhwan dengan koktel angggur, Jus Mangga Ikhwan dengan koktel anggur di samping satu lagi produk air berkarbonat perisa limau.

Istimewanya jus Ikhwan ini kerana ia dibuat daripada pati buah asli tanpa pewarna dan perasa tiruan juga tanpa gula tambahan di mana ia di maniskan dengan manisan asli dari buah anggur.
Oleh itu ia sangat berkhasiat dan sesuai diminum oleh semua peringkat umur.

Pengimportan jus buah-buhahan ini adalah hasrat Pengerusi Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif GISBH, YDH Tuan Nasiruddin Mohd Ali yang melawat kilang Al-Amoudi Beverage Industries di Jummum, Mekah pada bulan 5 tahun 2021 untuk bekerjasama memasarkan produk-produk terpilih ke pasaran Malaysia dan Asia Tenggara.

Kilang Al-Amoudi Beverage Industries dibina di atas tanah berkeluasan 70 ribu meter persegi (belum digunakan sepenuhnya) terletak kira-kira 42km dari Vila GISBH dan masih di dalam tanah Mekah.

Dasar pergerakan GISBH, Silaturrahim; Ziarah, Dakwah dan Tijarah membawa kepada kerjasama pertama dengan kilang ini melalui Pengurus Besarnya Syeikh Jamil Al-Amoudi dengan pengeluaran produk pertama iaitu Air Mineral Ikhwan dari Wadi Fatimah lebih setahun yang lalu.

Kerjasama diteruskan tahun ini dengan pengeluaran jus-jus buah jenama Ikhwan dan diimport ke Malaysia dari kilang orang Islam sendiri malah dari Tanah Suci Mekah.

Ramai pelanggan GISBH yang berpuas hati dengan kualiti dan rasa Jus Ikhwan, di antara komen mereka;

“Ia sedap, pastu rasanya sangat fresh macam freshly squeezed juice. Ia tak ada rasa artificial langsung, ia tak rasa flavour-flavour. Dia memang rasa macam direct daripada buah la. Ia berbeza dengan jus yang biasa kita beli di supermarket dan mall, yang ini lain sikit, dia memang sangat sedap.
“Harganya tersangat murah dengan botol kaca yang premium, rasanya yang sedap cuma RM5.80, macam tak masuk akal sebab botol kaca ni mahal.
“Datang dari Mekah dengan kualiti yang macam ni, memang semua orang patut cuba! Yang penting dia fresh, harganya sangat-sangat berpatutan,” komen Puan Shahada, seorang pelanggan restoran GISBH.

“Jus Ikhwan yang terbaru ini, especially guava, Kak Ros dah minum, rasa dia sedap sangat, tak manis sangat, bagus untuk orang kencing manis macam Kak Ros, very-very good. Dah rasa epal, epal pun sedap. Semuanya sedap, terbaik! Minumlah Jus Ikhwan,” Kak Ros.

“Sedap, not bad, dia tak manis, manis dia ngam-ngam, tak la macam jus biasa, kalau jus biasa memang terasa gula, manis, yang ni dia betul-betul terasa pure buah, macam dia blend buah dalam ni,” komen En Fazil.

Kesemua produk Jus Ikhwan ini
kini boleh didapati di pasaraya Ikhwan, rangkaian Ikhwan Mart serta restoran-restoran milik GISBH.

Moga Jus Ikhwan menjadi alternatif kepada seluruh rakyat Malaysia kerana ia bukan sahaja dikeluarkan daripada kilang orang Islam di Mekah malah sedap, sihat dan berkhasiat moga-moga menepati maksud firman Allah; halalan toiyiban.

Views: 364

Reviews for Jus buah asli tanpa gula, produk terbaru GISBH dari Mekah

There are currently no reviews for Jus buah asli tanpa gula, produk terbaru GISBH dari Mekah
Scroll to top