Jus buah-buahan, produk terkini GISBH Haramain

Views: 108

AL-JUMUM, SAUDI 27.04.2023
Pengerusi Eksekutif GISBH, YDH Tuan Nasiruddin Mohd Ali dan barisan Ahli Lembaga Penasihat (ALP) GISBH telah mengadakan pertemuan dengan Plant Manager Al-Amoudi Beverage Industries, Eng. Jamil H. Mohammed di kilangnya di sini hari ini.

Pertemuan yang turut dihadiri oleh Mr. Mohammad Idrees Hamed, Manager Exports & Pricing NATCO, syarikat yang menguruskan penghantaran kargo ke seluruh dunia adalah untuk membincangkan penghantaran produk jus Ikhwan ke Malaysia.

Setelah mengadakan usahasama dengan Syarikat Al-Amoudi Beverage Industries lebih setahun lalu dengan mengeluarkan produk air mineral jenama Ikhwan, kini GISBH Haramain menambah produk minuman di pasaran dengan pengeluaran empat jenis jus iaitu epal, nanas, mangga dan jambu batu.

Jus Ikhwan ini dijangka menarik minat pembeli pintar yang mengutamakan kesihatan di Malaysia memandangkan ia adalah 100% jus buah tanpa bahan pengawet, pewarna, perisa dan tidak ada gula tambahan.

Pasukan pengurusan tertinggi GISBH telah melawat seluruh kilang pengeluaran minuman ini dan berpuas hati dengan tahap pematuhan syariah dan kebersihannya kerana menjadi hasrat utama Pengerusi Eksekutif GISBH untuk menyediakan minuman yang Halalan Toiyiban kepada masyarakat Islam.

Membekalkan makanan yang halal kepada umat Islam bukan sahaja Fardhu Kifayah bahkan makanan dan minuman itulah yang membentuk hati dan keperibadian seseorang, maka usaha seperti ini sangat membantu pembentukan masyarakat Madani yang menjadi hasrat terkini kerajaan.

Pertemuan ini diakhiri dengan jamuan nasi madfun kambing di kediaman Eng. Jamil H. Mohammed bersama beberapa orang ahli keluarganya.

Views: 108

Reviews for Jus buah-buahan, produk terkini GISBH Haramain

There are currently no reviews for Jus buah-buahan, produk terkini GISBH Haramain
Scroll to top