Karnival Kebudayaan Islam sempena Maulidurrasul menyatukan pelbagai pihak di Pattani

Views: 15

PATTANI, 13.11.2022
Karnival Kebudayaan Islam sempena Maulidurrasul 1444 Hijrah anjuran bersama GISBH Sdn Bhd dan Global Ikhwan Foundation Thailand dengan kerjasama pelbagai pihak di Pattani dilihat sebagai satu penyatuan usaha yang besar yang belum pernah diadakan selama ini.

Menurut Baba Suwari, Ketua Persatuan Pondok Wilayah Sempadan Selatan Thailand yang di bawah kepimpinan beliau terdapat lebih 500 buah pondok pengajian mengatakan inilah julung-julung kali diadakan program yang melibatkan kerjasama di antara Persatuan Pondok Wilayah Sempadan Selatan Thailand, Majlis Agama Islam Wilayah Pattani, Dewan Penyelarasan Majlis Agama Islam Selatan Thai, Persatuan Sekolah Swasta Formal Pattani dan Yayasan Pusat Penyelarasan Tadika Selatan Thai (PERKASA).

Belum pernah berlaku sebelum ini sebuah majlis yang melibatkan kerjasama semua pihak yang tersebut dan ia tercetus dengan berkat Karnival Kebudayaan Islam sempena Maulidurrasul 1444 Hijrah.

Baba Suwari juga terharu dengan kesungguhan Pengerusi Eksekutif GISBH, Tuan Nasiruddin Mohd Ali yang membawa lebih 250 orang tenaga dengan dua buah bas dua tingkat dan lain-lain kenderaan dari Malaysia untuk sama-sama memeriahkan majlis tersebut.

Moga GISBH akan dapat terus bekerjasama dengan semua pihak khasnya di selatan Thailand untuk mengadakan majlis-majlis seumpama ini yang dapat menambahkan kasih sayang dan harmoni di dalam masyarakat Islam.

Views: 15

Reviews for Karnival Kebudayaan Islam sempena Maulidurrasul menyatukan pelbagai pihak di Pattani

There are currently no reviews for Karnival Kebudayaan Islam sempena Maulidurrasul menyatukan pelbagai pihak di Pattani
Scroll to top