Katering GISBH Mekah untuk rombongan Menteri MITI di Konsulat Malaysia Jeddah

Views: 2

JEDDAH , 08.04.2022
Restoran Nur Muhammad Mekah di bawah syarikat GISBH telah diberi kepercayaan oleh Konsulat Malaysia Jeddah di sini hari ini untuk menyediakan perkhidmatan katering kepada seramai 150 orang di majlis berbuka puasa dan ramah mesra YAB Dato’ Seri Azmin Ali, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI) dengan warga Malaysia di Jeddah.

Majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh pihak Konsulat ini telah diadakan di perkarangan pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah.

Majlis turut dihadiri oleh Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Tuan Hj ‘Alauddin Mohd Nor, pegawai-pegawai Konsulat, Konsul Haji, pelajar-pelajar Malaysia dan warga Malaysia yang menetap di Saudi.

Majlis berbuka puasa dimulakan dengan jamuan ringan berupa buah kurma, minuman dan kuih-muih yang disediakan oleh katering Restoran Nur Malaysia Mekah dan juga kuih muih yang di bawa oleh warga Malaysia di sini.

Selepas sembahyang Maghrib, ketika YB Menteri dan dif kehormat berada di ruang makan ‘VIP’, YB Menteri memuji teh tarik yang dihidang rasanya sedap seperti di kedai mamak.

Konsul Haji, Tuan Hj Suhaimi memperkenalkan kepada YB Menteri bahawa katering ini di ambil daripada syarikat GISBH dan turut memaklumkan yang GISBH mempunyai dua buah restoran di Mekah termasuk restoran yang baru dibuka semalam di bangunan Sofwa Tower.

YB Menteri mengiakan dan mengatakan bahawa beliau baru-baru ini telah makan di kafe Ikhwan, Pavilion Malaysia di EXPO Dubai bersama YAB Perdana Menteri.

Setelah selesai sembahyang Isyak dan Tarawih, YB Menteri meluangkan masa bergambar beramai-ramai sebelum bergerak ke lapangan terbang untuk pulang ke tanah air.

Ketika bersalaman YB Menteri mengucapkan terima kasih kepada wakil GISBH atas hidangan makanan dan minta didoakannya .

Moga segala perkhidmatan daripada syarikat GISBH di seluruh dunia dapat mengembirakan semua pihak kerana Allah mencintai hamba-hamba-Nya yang mendatangkan kegembiraan di hati manusia.

Views: 2

Reviews for Katering GISBH Mekah untuk rombongan Menteri MITI di Konsulat Malaysia Jeddah

There are currently no reviews for Katering GISBH Mekah untuk rombongan Menteri MITI di Konsulat Malaysia Jeddah
Scroll to top