Katering Nur Malaysia Sarajevo di Majlis Rumah Terbuka Kedutaan Malaysia Bosnia

Views: 16

SARAJEVO, 07.05.2022
GISB Balkan d.o.o selaku anak syarikat GISBH, melalui Katering Nur Malaysia telah diberi kepercayaan untuk menyediakan katering sempena Rumah Terbuka Aidil Fitri Kedutaan Besar Malaysia Bosnia di sini, hari ini.

Rumah terbuka ini telah diadakan dikediaman rasmi Duta Besar Malaysia ke Bosnia, TYT Tuan Raja Saifful Ridzuan di Jekovac, Sarajevo.

TYT Duta yang memulakan tugas di sini sejak setahun lalu sangat mengenali dan mempunyai hubungan rapat dengan GISBH dan pimpinannya khususnya YBhg Pengerusi Eksekutif GISBH telah memberi kepercayaan kepada GISBH untuk mengendalikan katering kali ini.

Seramai lebih 100 orang tetamu menghadiri majlis yang meriah ini dari kedutaan pelbagai negara antaranya, Duta Besar Turki, Pakistan, Abania dan beberapa negara yang lain. Begitu juga para ekspatriat dan kaki tangan kedutaan serta kenalan-kenalan dari kalangan warga tempatan.

Tetamu dan semua yang hadir dapat menikmati pelbagai masakan Malaysia seperti nasi tomato, ayam masak merah, kurma telur rebus, acar jelatah, kambing golek dengan pencuci mulut buah tembikai dan oren serta minuman sirap bandung.

Di samping itu ada hidangan yang tidak kurang istimewa dan sinonim dengan sarapan pagi rakyat Malaysia iaitu roti canai dan teh tarik.

Moga GISBH dapat terus memberikan khidmat di mana sahaja berada kepada semua pihak agar kasih sayang dan persaudaran dapat dieratkan sesama manusia.

Views: 16

Reviews for Katering Nur Malaysia Sarajevo di Majlis Rumah Terbuka Kedutaan Malaysia Bosnia

There are currently no reviews for Katering Nur Malaysia Sarajevo di Majlis Rumah Terbuka Kedutaan Malaysia Bosnia
Scroll to top