KBM di Uzbekistan raikan Kemerdekaan Malaysia di Restoran Nur Malaysia Tashkent

Views: 936

TASHKENT, 08.09.2023
TYT Ilham Tuah Illias, Duta Besar Malaysia ke Uzbekistan telah mengadakan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke 66 di Restoran Nur Malaysia Tashkent (RNMT), salah sebuah cawangan restoran GISBH yang terletak di Sebzor 3, Shayhontohur, di sini baru-baru ini.

Antara tetamu kehormat yang hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Luar Negeri Uzbekistan, Duta Besar dari negara-negara Rusia, China, Tajikistan, Kyrgistan, Ukraine, Palestin, Azerbaijan, Mesir, Belarus, Bangladesh, Amerika Syarikat, Perancis, Bulgaria dan Emiriyah Arab Bersatu.

Para tetamu telah dijamu dengan menu masakan Malaysia seperti nasi beriani, ayam masak merah, sate ayam, mi goreng, kuih-muih, air rosselle, teh tarik dan Kek Kemerdekaan.

Pihak kedutaan juga telah menyewa set sistem PA, TV LED untuk tayangan, kerusi VIP, perkhidmatan mengambil dan menyunting gambar serta video, membuat banting dan perkhidmatan pramusaji untuk golongan VIP manakala pihak RNMT pula menaja ruang majlis, teh tarik dan Kek Hari Kemerdekaan.

Majlis sambutan Hari Kemerdekaan itu diserikan lagi dengan persembahan silat oleh Ikhwan Martial Art dari kalangan staf RNMT.

Di samping itu, di sepanjang majlis juga ditayangkan rakaman sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke 66 di Dataran Putrajaya, Malaysia.

Para hadirin teruja dengan keberadaan RNMT dan tidak menyangka ada restoran kepunyaan rakyat Malaysia di situ. Mereka juga berbangga kerana Duta Besar Malaysia sendiri berperanan mempromosi Malaysia, perniagaan dan makanan Malaysia kepada para duta pelbagai negara.

TYT Ilham Tuah mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama kakitangan Nur Malaysia yang terlibat bekerja di belakang tabir dalam menjayakan majlis tersebut.

Dalam perbualan bersamanya, TYT Duta yang telah mendapat maklumat terkini mengenai Ayam Sihat Ikhwan menyatakan, beliau ingin memperkenalkan GISBH kepada penternak ayam di Uzbekistan agar pihak GISBH sampaikan kepada mereka berkaitan kesan positif penggunaan enzim Fateh dalam ternakan Ayam Sihat Ikhwan.

Di akhir majlis, Ybhg Tuan Rizal Rosli mewakili Pengerusi Eksekutif GISBH, Ybhg Tuan Nasiruddin Mohd Ali, telah menyampaikan cenderahati berupa Jus Ikhwan yang dibawa dari khas dari Mekah kepada TYT Ilham Tuah. Sebelum bersurai majlis diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai.

Semoga restoran-restoran GISBH di luar negara terus berperanan sebagai hab makanan halal, platform penghubung ukhwah dan kasih sayang manusia pelbagai negara serta duta tidak rasmi Malaysia dalam mempromosi kehidupan Islam yang indah, tenang, selamat dan membahagiakan.

Views: 936

Reviews for KBM di Uzbekistan raikan Kemerdekaan Malaysia di Restoran Nur Malaysia Tashkent

There are currently no reviews for KBM di Uzbekistan raikan Kemerdekaan Malaysia di Restoran Nur Malaysia Tashkent
Scroll to top