Ke arah pengkorporatan Ikhwan Fateh Poultry Sdn Bhd, GISBH bermesyuarat dengan WBSB

Views: 118

KUALA LUMPUR, 22.05.2023
Satu mesyuarat atas tajuk Pembentangan Penyempurnaan Pembangunan Projek Pembinaan Kemudahan Ayam Bersepadu antara GISBH dengan Web Brothers Sdn Bhd telah diadakan di Restoran Ikhwan Delights Sungai Penchala di sini hari ini.

Web Brothers Sdn Bhd (WBSB) adalah syarikat perunding perniagaan korporat yang sedang membantu GISBH untuk menstruktur sebuah syarikat yang ditubuhkan untuk projek integrator ayam iaitu Ikhwan Fateh Poultry Sdn Bhd mengikut acuan korporat bagi tujuan membangunkan projek ternakan ayam berskala besar di Malaysia.

Mesyuarat yang bermula jam 9 pagi itu dihadiri 18 orang di pihak GISBH, termasuk pasukan pengurusan tertinggi yang diketuai oleh Pengerusi Eksekutif, YDH Tuan Nasiruddin Mohd Ali, pasukan ternakan ayam GISBH juga peguam syarikat.

Turut hadir di pihak GISBH, Dato’ Marzuki Ramli, rakan kongsi GISBH, Che Khalid Embong dari Widuri Capital Management Sdn Bhd dan Dr Hasan Muhammad Ali, penasihat projek ternakan ayam GISBH.

Web Brothers Sdn Bhd diwakili oleh pemiliknya, Syed Omar Syed Mohamad, En A’zmin Abdullah dan Puan Azrina Mahdi

YDH Tuan Nasiruddin Mohd Ali, Pengerusi Eksekutif GISBH mengambil peluang menjelaskan tujuan GISBH terlibat dalam projek mega ini antara lain menurutnya ialah kerana sebagai orang Islam, hidup ini sepatutnya sentiasa terhubung dengan Allah SWT dan sesama manusia.

“Projek yang kita buat mesti ada hubung kait dengan Allah. Badan korporat Muslim banyak di Malaysia ini tapi malangnya banyak yang lupa Allah.

“Ramai yang kata nak Islam tapi mempermainkan Islam, bila mesyuarat, lambat sembahyang. Bila sembahyang, lalai pula. Dalam sembahyang boleh bela ayam.

“Akhirnya Allah hina kita, berpuluh tahun merdeka, makanan kita pun orang bukan Islam yang sediakan!” kata beliau.

Beliau juga menegaskan,
“Kita bekerjasama bukan soal duit tetapi kita hendak bantu membantu atas nama Allah. Di sini, ada perkiraan dunia Akhirat. Hubungan kita bukan hanya meeting sahaja tetapi terus atas nama keluarga.”

Sebagai penasihat kepada GISBH, WBSB menguruskan dokumentasi yang diperlukan ke arah pengkorporatan syarikat Ikhwan Fateh Poultry Sdn Bhd.

Moga usaha GISBH khususnya hasrat Pengerusi Eksekutifnya, Tuan Nasiruddin Mohd Ali untuk membina empayar ayam bagi menyelesaikan tuntutan Fardhu Kifayah umat ini Allah berkati dan jayakan.

Views: 118

Reviews for Ke arah pengkorporatan Ikhwan Fateh Poultry Sdn Bhd, GISBH bermesyuarat dengan WBSB

There are currently no reviews for Ke arah pengkorporatan Ikhwan Fateh Poultry Sdn Bhd, GISBH bermesyuarat dengan WBSB
Scroll to top