Ke arah projek ternakan ayam berskala besar, Tuan Pengerusi Eksekutif melawat PT Putra Perkasa Genetika

Views: 66

BOGOR, 01.06.2023
Atas cita-cita untuk memulakan projek ternakan ayam berskala besar demi menyediakan bekalan ayam yang benar-benar ‘halalan toiyiban’ bagi pasaran umat Islam di Malaysia, Pengerusi Eksekutif GISBH, YDH Tuan Nasiruddin Mohd Ali telah mengadakan lawatan ke pusat pembiakan ayam terkenal di Indonesia, PT Putra Pekasa Genetika (PPG) di sini, hari ini.

Turut mengiringi beliau, Ketua Pegawai Operasi (COO) syarikat, Tuan Hasnan Abdul Hamid, Pengarah GISBH Indonesia, Tuan Fadhil Yasin, ALP Muslimah, Puan Azura Mohd Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif Fateh Poultry Sdn Bhd, Datuk Marzuki Ramli, peguam GISBH, Tuan Zulfikri Ulul Azmin dan 17 staf yang lain.

Rombongan disambut sendiri oleh Pak Ang Hendra, Pengasas PPG dan Renaldy Anggada yang merupakan Presiden Pengarah PPG juga anak Pak Hendra lalu dibawa ke pejabat PPG untuk menonton tayangan profil genetik ayam Gunsi keluaran PPG.

PPG adalah sebuah syarikat penternakan ayam baka tulen yang dibangunkan oleh Pak Ang Hendra pada tahun 1988 dengan menjalankan penyelidikan yang memfokuskan kepada pembangunan ayam dan itik.

Beliau menggabungkan teknologi dan pakar berpengalaman dalam menghasilkan baka ayam terbaik di Indonesia.

Seterusnya rombongan dibawa melawat ke ladang ternakan ayam syarikat PPG dan mendapat penerangan yang jelas di setiap unit memperlihatkan kepakaran mereka yang telah melepasi tiga dekad di bidang ini.

Pak Hendra juga membawa rombongan ke ladang ternakan itik syarikat PPG untuk menyaksikan sendiri bagaimana PPG mengendalikan ternakan itik berskala besar keluaran tulen Indonesia untuk rakyat Indonesia.

Seterusnya rombongan diraikan dengan jamuan makan tengahari masakan Minang di Restoran Pagi Sore oleh Pak Hendra.

Moga kerjasama antara GISBH dan PT PPG akan memberi faedah yang baik kepada rakyat dua negara serumpun ini terutamanya membantu kerajaan dalam meningkatkan keselamatan makanan yang menjadi isu dunia sekarang.

Views: 66

Reviews for Ke arah projek ternakan ayam berskala besar, Tuan Pengerusi Eksekutif melawat PT Putra Perkasa Genetika

There are currently no reviews for Ke arah projek ternakan ayam berskala besar, Tuan Pengerusi Eksekutif melawat PT Putra Perkasa Genetika
Scroll to top