Kedatangan Yang Dipertua Dewan Rakyat ke Restoran Nur Muhammad Istanbul

Views: 512

ISTANBUL, 27.12.2023
Yang Dipertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Dato’ Johari Abdul telah mengunjungi Restoran Nur Muhammad Istanbul (RNMI) Turkiye bersama keluarganya, di sini hari ini.

Tan Sri Johari yang melakukan lawatan ke Turkiye selama lapan hari telah bertemu dengan Ketua Pegawai Penyelaras GISBH YBhg. Tn. Muhammad Adib At-Tamimi ketika sama-sana sedang melawat Masjid Sultan Muhammad Al-Fateh dan menziarahi makam baginda.

Di dalam pertemuan ringkas itu, Tn. Adib telah beramah mesra dan mempelawa Tan Sri Johari untuk ke RNMI. Oleh itu, sebelum pulang ke Malaysia beliau mengambil kesempatan untuk berkunjung ke RNMI bersama keluarganya.

Di RNMl beliau disambut oleh wakil dan staf RNMI yang bertanya khabar, beramah mesra dan berkongsi kepadanya mengenai penglibatan GISBH dalam World Halal Summit & Expo Halal OIC 2023 di Istanbul, Turkiye pada November lalu.

Tan Sri Johari turut diperkenalkan dengan Pengerusi Eksekutif dan Ahli Lembaga Penasihat GISBH serta perkembangan syarikat yang dipamerkan pada ‘lightbox’ di lobi RNMl.

Tan Sri Johari juga banyak bertanya lebih lanjut mengenai peribadi Pengerusi Eksekutif GISBH, Tn. Hj. Nasiruddin Mohd Ali yang merupakan bekas pembantu peribadi Almarhum Ustaz Haji Ashaari kerana beliau juga mengenali Almarhum Ustaz Haji Ashaari, pengasas syarikat GISBH, disamping bertanyakan tentang cawangan-cawangan syarikat di seluruh dunia.

Ketika Pengurus RNMI menyampaikan salam daripada YBhg Tn Nasiruddin kepadanya setelah sesi bergambar kenangan, beliau memjawab salam serta mengucapkan berbanyak terima kasih.

“Alhamdulillah, jutaan terima kasih. Moga bertambah maju dan diberkati Allah. Makanan sedap dan fresh”, katanya lagi melalui aplikasi ‘WhatsApp’.

Semoga ikatan ukhwah dan kasih sayang yang terjalin dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim sesama umat Islam agar saling memberikan khidmat.

Views: 512

Reviews for Kedatangan Yang Dipertua Dewan Rakyat ke Restoran Nur Muhammad Istanbul

There are currently no reviews for Kedatangan Yang Dipertua Dewan Rakyat ke Restoran Nur Muhammad Istanbul
Scroll to top