Keluarga bersatu, Islam nampak Indah

Views: 55

PHUKET, 27.02.2023
Satu pertemuan di antara Executive Chairman GISBH, YBhg. Tuan Nasiruddin Mohd Ali dengan keluarga Almarhumah Mak Pah telah diadakan di Islamphattana School, sekolah GISBH di sini baru-baru ini.

Mak Pah atau nama sebenarnya Syarifah binti Hj Rem berkenalan dan bersahabat dengan pengasas GISBH, Almarhum Ustaz Ashaari sejak awal tahun 90’an. Mulai dari itu Mak Pah telah menjadi tunggak kepada usaha melaksanakan Islam sebagai cara hidup di Phuket.

Pada awal tahun 1991, adik beliau, Almarhum Hj Ismail telah mewakafkan rumahnya di kawasan Ao Makham untuk aktiviti Islam.

Setiap kali kedatangan para pendakwah ke Phuket, Mak Pah dan keluarganya menjadi tuan rumah yang sangat membantu dan membela aktiviti Dakwah Islamiah di Phuket.

Di pertemuan ini, Tuan Chairman mengajak seluruh keluarga Mak Pah mengenangkan jasa Almarhumah Mak Pah dan Almarhum Tuan Muhammad Adam, mantan Pengarah GISBH Thailand
yang sangat banyak jasa menyuburkan lagi pengamalan Islam di Phuket.

Tuan Chairman berpendapat, sepatutnya telah ada sebuah kompleks perniagaan atas nama Islam yang menempatkan pasar raya, restoran, bakeri, butik, pusat rawatan dan lain-lain di sebuah tempat untuk selesaikan tuntutan Fardhu Kifayah umat Islam di Phuket seperti yang terdapat di Malaysia dan Indonesia.

Ketiadaan usaha sebegini akan membawa kepada penghinaan yang menyebabkan Islam tidak dapat diamalkan di dalam kehidupan khasnya berkaitan makanan dan minuman yang membentuk peribadi seseorang.

Semua aktiviti tersebut hanya boleh dilaksanakan apabila seluruh keluarga besar Mak Pah bersatu dan ia mesti dimulakan dengan membaiki diri melalui sembahyang dan mengusahakan takwa.

Jika pendidikan anak-anak diabaikan akan berlaku anak-anak Melayu Islam sudah tidak pandai mengucapkan syahadah, tidak tahu membaca Al-Quran, tak pandai mengambil wudhu’ malah ada yang murtad masuk agama lain.

Di saat GISBH banyak bekerjasama dengan pelbagai pihak di seluruh Thailand seperti membantu pondok Baba Suwari di Saiburi, usaha sama membangunkan tanah Acan Man di Pattani, kerjasama untuk membeli vila dengan En. Adnan di Had Yai, kerjasama membina chalet dan house boat dengan En. Shukri di Yala, membangunkan pusat latihan di Satun dengan En. Najib dan dengan Dr. Suntik di Tanah Ban Tho di Phuket malah usaha sama menternak Ayam Sihat Ikhwan dan memulakan perniagaan restoran dengan Dr. Bokhin di Bangkok tetapi Phuket ketinggalan sedangkan ramai telah kenal GISBH sejak lama.

“Kalau kita bersungguh-sungguh laksanakan sistem hidup Islam dengan dibangunkan kondo penginapan lengkap dengan kompleks perniagaan, masjid, pendidikan dan lain-lain nanti akan berbondong-bondong orang masuk Islam.”

“Itulah saham kita kerana kita akan mati samada hendak atau tak, bersedia atau tak, soalan kubur itu benar, alam barzah dan akhirat itu benar, inilah persiapan kita untuk ke sana,” ujar Tuan Nasiruddin Mohd Ali.

Pertemuan diakhiri dengan bergambar kenangan beramai-ramai, makan malam serta penyampaian cendetahati.

Moga keluarga Mak Pah mendapat kefahaman dan kekuatan untuk meneruskan perjuangan membina komuniti yang melaksanakan Islam sebagai cara hidup dan menjadi model di pulau peranginan yang terkenal ini.

Views: 55

Reviews for Keluarga bersatu, Islam nampak Indah

There are currently no reviews for Keluarga bersatu, Islam nampak Indah
Scroll to top