Kenapa orang Islam ketinggalan dalam ekonomi? (Petikan daripada Mingguan Malaysia 18 Ogos 2024. Bahagian 2)

Views: 341

Adakah bermakna GISBH menerima pelaburan daripada pihak luar? Bermakna orang korporat atau individu berminat boleh melabur dengan atau menjadi rakan kongsi GISBH dalam program yang dilaksanakan?

Dua-dua itu berjalan, dengan orang luar pun kita tanya dan orang dalam pun kita tanya.
Kami sudah ikut kumpulan korporat dan sebagainya. Kami pun baru hendak belajar.
Tetapi kalau sistem yang digunakan sistem bawah meja, itu tidak kena. Saya hendak buat ini kena bayar juta-juta, eh! Kenapa? Sampai peringkat mahu luluskan sijil halal pun kena bayar? Hal ini saya sudah buat laporan polis kalau kata saya fitnah. Ini tidak kena, jadi kami ini atas nama GISB mahukan jalan yang sebenar.
Walaupun perlahan, tidak ada orang mahu sokong, kami perlahan-lahan usahakan.

Tapi kalau ada sokongan itu memang dialu-alukanlah?
Memang sangat dialu-alukan, itu seperti saya kata tadi janganlah orang yang kaya-raya ini pula datang cakap, ‘baguslah ini, buat tempat saya’. Dia suruh buat macam itu, kita modal pun tidak cukup, kalau dia ada RM5 juta contoh, dia bagilah RM3 juta rolling. Kita buatlah sistem, dia okey RM3 juta lepas tiga tahun ini pulanglah balik ataupun kita bincanglah. Itu saya buka, ini buka semua sekali hendak cari orang yang begini tetapi susah hendak dapat.

Kita buka pada semua orang tetapi macam mana pun mesti ada perundingan. Kita tidak mahu perundingan itu kapal selam kita nak pakai hovercraft, jelas. Kena sama-sama hendak melaksanakan Islam. Kami jalan atas kaedah Islam, kerana sebab kasih sayang.
Kasih sayang yang paling besar kepada Rasulullah. Itu yang kami bawa dan insya-Allah, benda ini kita akan teruskan sebagai aktiviti ataupun perhubungan kita sesama manusia.

Apa cabaran paling besar kepada GISB dalam melaksanakan perniagaan dan tempoh beberapa tahun ini?
Paling besar adalah keselarasan. Cuba tengok orang bukan Islam, gabungan mereka kuat.
Sepatutnya, orang Islam macam itu. la jadi cabaran kita tidak boleh bangun, tidak ada keselarasan.
Pasal apa? Hukum Allah itu sendiri kita tidak selaraskan. Macam industri halal, orang bukan Islam boleh maju, hingga Malaysia ini jadi pusat untuk berkembang perniagaan disebabkan halal hub ini. Tetapi orang Melayu tidak boleh maju kerana dalam kalangan orang kampung ataupun orang Melayu ada hasad dengki. Hasad dengki inilah kita kena buang. Itu antara cabaranlah.
Yang kedua, tentang modal. Maknanya masing-masing memegang modal. Orang kaya ini tidak boleh bagi sumbangan. Orang kaya ini tidak mahu melabur, pasal tidak percaya satu sama lain.
Ramai orang Melayu kaya-raya, apa salahnya kita hendak memperjuangkan Islam? Sebab itu, setengah pemimpin katakan ini jihad. Jihad itu bukan pergi berperang, ini jihad daripada segi ekonomi. Kita hendak pulihkan balik ekonomi kita. Ekonomi memalukan? Sebab apa? Kita tidak ikut sistem Islam yang sebenarnya.
Dalam al-Quran, Allah (kata) tidak tolong: orang Islam, Allah tolong orang yang bertakwa. Jadi, ini kata yang hendak dipulihkan, diperkemaskan.

Prinsip GISB sekarang ini adakah menaikkan ekonomi Islam?
Itulah maknanya. Itulah yang kita memperjuangkan. Itu cara hidup kita, mesti ada ekonomi. Tetapi mestilah ada sistem jadi kita hendak ajak berunding dengan sesiapa, itu sebenarnya.

Views: 341
Scroll to top