Kerjasama GISBH dan LGM untuk membantu pekebun kecil getah

Views: 19

SUNGAI BULOH, 01.07.2022
YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten, CEO GISBH mengetuai rombongan daripada GISBH bertemu dan mengadakan perbincangan dengan pasukan pengurusan Lembaga Getah Malaysia diketuai oleh Ketua Pengarahnya, YBhg. Dato’ Dr Zairossani Mohd Nor, di Akademi Hevea Malaysia, Stesen Penyelidikan RRIM di sini hari ini.

Perbincangan dimulakan dengan sesi pengenalan dua belah pihak dan diteruskan dengan sejarah industri getah asli di Malaysia yang telah berusia lebih 140 tahun.

Menurut Dato’ Dr Zairossani, getah
tidak asing lagi di dalam kehidupan manusia dari sejak hari kelahiran lagi bila disambut oleh doktor yang memakai sarung tangan getah, juga menjadi keperluan kehidupan terutama sekali dalam menghasilkan tayar kenderaan dan apabila seseorang itu meninggal dunia, ia di mandikan oleh jurumandi yang juga memakai ‘glove’ daripada getah.

Sebagai pengasas kepada tanaman getah seluruh dunia bermula pada tahun 1877 bila biji getah mula disemai di Kuala Kangsar, Perak seterusnya estet getah pertama dibangunkan di Melaka pada tahun 1902/1903, keluasan penanaman getah terus berkembang hingga mencapai kemuncaknya iaitu seluas 2.06 juta hektar (1979) dan pengeluaran tertinggi yang pernah dicapai oleh negara ialah sebanyak 1.66 juta metrik tan (1988) menjadikan Malaysia sebagai pengeluar getah no 1 di dunia.

Sekarang Malaysia meduduki tempat ke 7 dalam pengeluaran getah dunia malah terpaksa memgimport getah latex memandangkan kekurangan pengeluarannya dalam negara.

Sebagai pengeluar sarung tangan getah asli no 1 di dunia, industri getah Malaysia lebih memerlukan getah latex atau getah cair daripada cub lump atau getah mangkuk/beku/sekerap sedangkan pekebun kecil yang merupakan 90% pengeluar getah di negara ini lebih suka mengusahakan cub lump.

Daripada 800,000 hektar getah yang boleh ditoreh, hanya 300,000 hektar sahaja diusahakan manakala 500,000 hektar lagi terbiar tidak ditoreh atas pelbagai sebab. Ini bukan sahaja merugikan para pekebun getah malah merugikan negara.

Di sini pihak LGM mengharapkan kerjasama GISBH untuk sama-sama membantu para pekebun kecil getah yang berjumlah 470 ribu orang (jika bersama keluarga berjumlah 2 juta orang) untuk meningkatkan pendapatan mereka.

Antara cadangan yang dibincangkan ialah, GISBH boleh bekerjasama dengan koperasi pekebun kecil yang ada untuk para pekebun kecil mempertingkatkan pengeluaran latex berbanding cup lump.

Di samping itu, untuk menambah pendapatan dicadangkan para pekebun kecil untuk menanam tanaman lain di samping pokok getah atau ternakan haiwan yang boleh diusahakan walaupun di musim hujan.

Untuk itu GISBH diberi peluang membangunkan ladang getah contoh di tanah Pusat Penyelidikan Getah di sini yang menggabungkan tanaman getah dengan tanaman lain yang sesuai seperti pisang, nanas dan jagung ternakan.

Pertemuan diakhiri dengan penyampaian cenderahati daripada Ketua Pengarah LGM kepada CEO GISBH, lawatan ke cadangan tapak ladang getah contoh dan sesi bergambar bersama.

Moga semua yang dibincangkan dimudahkan oleh Allah melaksanakannya demi kebaikan para pekebun kecil getah dan negara ini memandangkan terdapat lebih 10 ribu peluang industri yang berkaitan dengan getah yang boleh diusahakan.

Views: 19

Reviews for Kerjasama GISBH dan LGM untuk membantu pekebun kecil getah

There are currently no reviews for Kerjasama GISBH dan LGM untuk membantu pekebun kecil getah
Scroll to top