Kerjasama GISBH dan PETRONAS agih Food Basket kepada golongan asnaf

Views: 337

BEMBAN, 18.02.2024
GISBH bekerjasama dengan syarikat PETRONAS cawangan Bemban, Melaka telah mengadakan program pemberian sumbangan barang keperluan kepada 26 keluarga asnaf, melalui program yang dinamakan Food Basket di sini baru-baru ini.

Program disusun oleh En Zamri Pak selaku Pengurus Stesen Minyak Petronas Bemban dan En Md Abd Hakim selaku Pengurus Kawasan dengan kerjasama syarikat GISBH.

Untuk program ini GISBH telah menyumbang 10 set Food Basket berupa produk-produk Ikhwan seperti Beras Ikhwan 10kg dan ayam bulat Ikhwan seekor bagi setiap penerima sumbangan.

Penyampaian Food Basket itu telah disempurnakan oleh Tn. Mohd Shukri Mohd Noor, Ketua Pegawai Tadbir syarikat GISBH mewakili Pengerusi Eksekutifnya, Ybhg Tn. Hj. Nasiruddin Mohd Ali.

Program yang berlangsung dari jam 3 hingga 5 petang ini dihadiri oleh 150 orang termasuk para pengurus PETRONAS cawangan selatan dan 26 keluarga penerima sumbangan terdiri dari masyarakat setempat berbilang kaum.

Selain menyalurkan bantuan berupa produk Ikhwan Brand, GISBH turut menyediakan juadah
berupa nasi arab dan kuih manisan yang ditempah pihak PETRONAS untuk dihidangkan kepada semua tetamu.

Semoga jalinan kerjasama ini akan memberikan sebanyak-banyaknya manfaat kepada seluruh masyarakat.

Views: 337

Reviews for Kerjasama GISBH dan PETRONAS agih Food Basket kepada golongan asnaf

There are currently no reviews for Kerjasama GISBH dan PETRONAS agih Food Basket kepada golongan asnaf
Scroll to top