Kerjasama GISBH dan YKPPM anjur korban untuk 1000 keluarga di pendalaman Yaman

Views: 27

IBB, YAMAN, 07.07.2023
GISBH dengan kerjasama Yayasan Kebajikan dan Perkhidmatan Perubatan Malaysia (YKPPM) telah menganjurkan ibadah korban untuk tahun ketiga yang diagih-agihkan di 12 buah kampung di sini baru-baru ini.

7 ekor lembu bersaiz besar telah disembelih tahun ini oleh penduduk kampung yang diamanahkan dan telah diagih-agihkan dagingnya kepada lebih kurang 1000 keluarga penduduk kampung dan anak-anak yatim.

Menurut kenalan GISBH yang berhubung dengan masyarakat kampung di Yaman ini, Syeikh Abdullah Al-Yemani,
“MasyaAllah, tahun ini kita dapat sembelih 7 ekor lembu dan diagihkan daging-dagingnya kepada penduduk di 12 buah kampung yang mencapai kira-kira 1000 keluarga dengan setiap keluarga mendapat bahagian seberat lebih 1 kg daging, lebih banyak dari sebelum ini. Ia sangat berkat.”

Mereka adalah penduduk kampung di pendalaman Yaman di kawasan berbukit-bukit yang jauh dari bandar iaitu Kampung As-Soirah, Bint Bakrain, An-Najd, Az-Zaiyal, As-Solahif, As-Syarif, Al-‘Akisyah, As-Sarayir, Al-Mabna, Al-Aaridhah, Khaslah dan Al-Khalil.

Penduduk-penduduk di kampung-kampung ini berterima kasih kepada Pengerusi Eksekutif GISBH, YDH Tuan Nasiruddin Mohd Ali dan YKPPM yang prihatin terhadap saudara seIslam di Yaman dengan mengadakan ibadah korban untuk tahun ketiga dan Allah berkati tahun ini bila ia dapat diagihkan kepada bilangan keluarga yang lebih ramai dan masing-masing mendapat lebih banyak daging dibanding tahun sebelumnya.

Moga Allah terus mengizinkan GISBH dan YKPPM berkhidmat untuk saudara-saudara seIslam di Yaman kerana datuk moyang mereka dahulu sangat berjasa kepada Islam dengan berdakwah ke Tanah Melayu hingga orang-orang Melayu memeluk agama Islam yang suci ini.

Views: 27

Reviews for Kerjasama GISBH dan YKPPM anjur korban untuk 1000 keluarga di pendalaman Yaman

There are currently no reviews for Kerjasama GISBH dan YKPPM anjur korban untuk 1000 keluarga di pendalaman Yaman
Scroll to top