Kerjasama GISBH dengan DUN Kuala Linggi diperkuatkan

KUALA LINGGI, 06.02.2023
YB Hj. Rosli Abdullah, ADUN Kuala Linggi mengucapkan terima kasih kepada GISBH atas persetujuan untuk mengadakan program berkhatan dan Saringan Kesihatan (CSR) bersempena Israk dan Mikraj di DUN Kuala Linggi pada 25-26hb Februari di pertemuannya dengan Pengerusi Eksekutif GISBH, YDH Tuan Nasiruddin Mohd Ali di Saza Beach Villa & Chalets di sini semalam.

Turut bersama dalam pertemuan tersebut ialah Tuan Hj Muhammad Musa, Ketua Kampung Kuala Linggi, Cikgu Noordin Ambon, Ketua Kampung Bukit Darat, Cikgu Abu Samah Othman, Ketua Kampung Permatang Indah, En Husin Sahak, Setiausaha JPKK Kampung Kuala Linggi dan En Kassim Alimat, RELA DUN Kuala Linggi.

Di antara aktiviti yang bakal dijalankan ialah majlis berkhatan, saringan kesihatan (moden dan alternatif), lawatan dan rawatan
pesakit yang terlantar di rumah, pameran aktiviti GISB Holdings Sdn. Bhd. dan YKPPM, jualan produk Ikhwan dan lain-lain, gerai Ikhwan, gerai syarikat TELCO dan aktiviti pentas seperti ceramah dan persembahan.

YB Rosli merasa bangga dengan GISBH yang telah bertapak kukuh di Malaysia dan luar negara dan mengharapkan agar GISBH dapat bekerjasama dengan pejabat DUN Kuala Linggi dalam membantu masyarakat sekitar.

Beliau juga mengharapkan GISBH dapat membuka sebuah Ikhwan Mart di pekan Kuala Sungai Baru untuk masyarakat Islam setempat memandangkan tiada kedai orang Islam di pekan tersebut sekarang.

YDH Tuan Nasiruddin Mohd Ali menyatakan hasrat GISBH untuk membuat projek ternakan ayam secara besar-besaran termasuk rantaian projek ini seperti pengeluaran makanan ayam dengan mengimport bijiran dari Turkiye kerana tanpa menguasainya, projek sebegini berisiko untuk disabotaj.

YB Rosli bersedia untuk bekerjasama dengan GISBH dalam perkara-perkara yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat dan akan mempromosi GISBH dan khas projek GISBH di Kuala Linggi iaitu Saza Beach Villa & Chalets.

Moga kedatangan Pengerusi Eksekutif GISBH ke Malaysia akan menguatkan hubungan dengan pelbagai pihak dan membuka peluang GISBH menambah projek baru untuk berkhidmat sesama manusia.

Reviews for Kerjasama GISBH dengan DUN Kuala Linggi diperkuatkan

There are currently no reviews for Kerjasama GISBH dengan DUN Kuala Linggi diperkuatkan
Scroll to top