Kerjasama GISBH dengan pejabat Daerah Khuandon untuk jayakan Program Satun Offroad Challenge 2024

Views: 206

HATYAI, 16.05.2024
Satu mesyuarat antara pihak Remaja Pembina Ukhuwah (RPU) GISBH dengan pihak Pejabat Daerah Khuandon, Satun telah diadakan bagi membincangkan program Satun Off Road Challenge 2024 secara Islamik di Pejabat Daerah Satun di sini hari ini.

Mesyuarat diketuai oleh Pegawai Daerah Khuandon, En. Waris Malini, disertai pengarah-pengarah jabatan kerajaan Wilayah Satun, pihak polis dan tentera manakala GISBH diwakili oleh 22 orang di kalangan barisan kepimpinan RPU.

Kenalan GISBH, En Najib atau Mr Shayanin Praihuyan juga salah seorang AJK program ini telah memperkenalkan RPU kepada Pegawai Daerah Khuandon dan semua perwakilan.

Satun Off Road Challenge 2024 bakal berlangsung selama 3 hari dari 17-19 Mei, merupakan program offroad pertama yang diadakan di Satun dan juga pertama kali akan dilaksanakan secara patuh syariat.

Tentatif program telah dibentangkan dalam mesyuarat tersebut yang antara lain melibatkan solat dan makan berjemaah dan ini merupakan cetusan idea dari En Najib dan Pegawai Daerah Khuandon.

Oleh kerana keduanya belum begitu memahami kaedah perlaksanaannya, maka mereka memohon bantuan GISBH khususnya RPU.

Kedua-dua mereka sangat mengharapkan pihak GISBH dapat membantu mereka melaksanakan cara hidup Islam dalam program tersebut seperti menyediakan tempat sembahyang dan makan berjemaah, serta mengisi pentas dengan persembahan nasyid.

Usai bermesyuarat, RPU mewakili Tn Hj Nasiruddin Mohd Ali, Pengerusi Eksekutif GISBH telah menyampaikan cenderahati berupa hamper kepada Pegawai Daerah Khuandon dan menjemput beliau hadir ke program International Islamic Trade & Tourism Expo (IITTE) yang bakal berlangsung di Melaka pada bulan Ogos akan datang.

Beliau mengucapkan berbanyak terima kasih khususnya pada Tn. Hj. Nasiruddin yang telah menghantar para RPU untuk membantu menjayakan program tersebut dan menyatakan hasratnya untuk datang melawat GISBH di Malaysia.

Semoga Islam akan terus didaulatkan sebagai satu-satunya cara hidup yang ideal untuk semua tidak kira bangsa dan negara.

Views: 206

Reviews for Kerjasama GISBH dengan pejabat Daerah Khuandon untuk jayakan Program Satun Offroad Challenge 2024

There are currently no reviews for Kerjasama GISBH dengan pejabat Daerah Khuandon untuk jayakan Program Satun Offroad Challenge 2024
Scroll to top