Kerjasama pembangunan teknologi dan inovasi di antara GISBH, ZullDesign dan Kolej UNITI

Views: 13

SERENDAH, 09.06.2022
YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten, CEO GISBH telah mengadakan pertemuan dengan Tuan Haji Zulkifli Haji Haron (Haji Zul), Founder kepada ZullDesign Sdn. Bhd, sebuah syarikat innovatif yang tidak asing lagi di Malaysia. Turut serta dalam pertemuan ialah team dari Kolej Universiti Teknologi Islam (UNITI KOLEJ).

Tujuan pertemuan ini diadakan ialah untuk membincangkan usahasama bagi perlaksanaan ‘Kursus Inovasi dan Kecemerlangan Teknologi’. Kerjasama menggabungkan pihak ZullDesign dalam menyediakan modul dan tenaga pensyarah, manakala Kolej UNITI berperanan sebagai pusat akreditasi dan GISBH pula berperanan dalam membina kekuatan insaniah para peserta di sepanjang kursus tersebut dijalankan.

Di dalam pertemuan ini, YH Dato’ CEO GISBH mengambil kesempatan menceritakan berkenaan dasar pembangunan syarikat GISBH yang mengutamakan pembagunan insaniah sebagai asas paling utama seterusnya berkongsi perkembangan GISBH yang terlibat dalam pelbagai aktiviti perkhidmatan dan perniagaan seperti menyediakan produk halal kepada masyarakat. Teklimat berkenaan diteruskan dengan tayangan profail GISBH kepada semua.

Haji Zul melahirkan rasa gembira kerana menurutnya, beliau telah menunggu sejak 40 tahun lalu untuk bekerjasama dengan mana-mana badan yang mengutamakan pembinaan insan dalam membangunkan apa jua bentuk program dan aktiviti.

Hj Zulkifli melalui ZullDesign telah membuat rekaan pelbagai mesin atau alat mengikut spesifikasi yang ditentukan oleh pelanggan sejak tahun 80’an seperti mesin pau, mesin proses mi kuning, mesin ais krim goreng, mesin penggelek belacan, mesin rempeyek, mesin pembuka durian, mesin dodol, mesin cuci botol, oven salai, mesin rendang daging, mesin pencincang pelepah, mesin pencuci telur, robot makan sampah dan lain-lain.

Bagi Hj Zulkifli, sesiapa yang memiliki iman yang mantap sahaja akan berjaya membangunkan tamadun material.

Melalui pengalaman beliau, segala perkongsian dan pemberian ilmu semata-mata tanpa didikan iman tidak akan memberi impak yang baik kepada pembangunan masyarakat dan negara, kerana menurutnya, yang datang berkursus dengannya tetapi putus asa di pertengahan jalan.

Pertemuan diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai serta melawat beberapa mesin yang direka cipta oleh Haji Zulkifli dan pasukannya di ZullDesign.

Moga semua kerjasama GISBH dengan pelbagai pihak akan memberi manfaat kepada seluruh manusia khasnya umat Islam di Malaysia.

Views: 13

Reviews for Kerjasama pembangunan teknologi dan inovasi di antara GISBH, ZullDesign dan Kolej UNITI

There are currently no reviews for Kerjasama pembangunan teknologi dan inovasi di antara GISBH, ZullDesign dan Kolej UNITI
Scroll to top