Ketua Biro Al Jazeera Kuala Lumpur tertarik amalan poligami di GISBH

Views: 20

RAWANG, 23.08.2022
Ketua Biro Al Jazeera Kuala Lumpur, En. Samer Fariq Mohammad Allawi, telah hadir ke Karnival Muharram dan Sambutan Merdeka anjuran GISBH dan membuat liputan salah satu aktivitinya iaitu ‘Pertandingan Memasak Keluarga Poligami’ di Pusat Perniagaan Ikhwan, Bandar Country Homes di sini, baru-baru ini.

Terdapat 10 kumpulan keluarga poligami dari kalangan staf GISBH telah menyertai pertandingan ini di mana mereka diminta bekerjasama penuh harmoni dalam menyediakan juadah makan tengahari dengan menu yang ditentukan.

Di bawah sebuah ‘Marquee-Tent’ setiap kumpulan disiapkan meja khas lengkap dengan dapur dan peralatan masak yang lain manakala di tengah-tengahnya terdapat sebuah meja panjang yang dipenuhi dengan lauk pauk mentah, sayur-sayuran, buah-buahan, rempah ratus dan segala yang diperlukan untuk memasak.

Ketika di tanya pendapat peribadinya mengenai pertandingan ini setelah membuat liputan untuk Al-Jazeera, En. Samer mengatakan,
“Program ini istimewa berbeza dari yang lain. Program ini sangat cantik. Kita lihat di Rawang ini, isteri pertama dan isteri kedua saling bekerjasama dalam memasak.”

“Ini percubaan pertama mereka bekerjasama setelah berkahwin (bermadu) dan ia adalah aktiviti yang baik.”

“Ia juga menggalakkan masyarakat umum di Malaysia menerima bahawa bekerjasama dengan madu adalah sesuatu yang ‘nature’ tiada yang ganjil di situ.”

“Kita ingin melihat tahun-tahun selepas ini apakah kemesraan, kerjasama dan keindahan ini akan berkekalan atau ia berubah. Wallahu Aklam!” Ujarnya mengakhiri kata-kata.

Moga setiap syariat Islam dan sunnah Nabi SAW yang dilaksanakan secara tepat dan terpimpin akan menampakkan keindahan yang membuatkan hati-hati manusia semakin lunak dengan Tuhan, syariat-Nya dan sunnah Nabi SAW.

Views: 20

Reviews for Ketua Biro Al Jazeera Kuala Lumpur tertarik amalan poligami di GISBH

There are currently no reviews for Ketua Biro Al Jazeera Kuala Lumpur tertarik amalan poligami di GISBH
Scroll to top