Ketua Polis Pahang hadir ke Wadi Berkat Syarikat Global Ikhwan

Views: 394

HUDAIBIYAH, 20.06.2024
Wadi Berkat Syarikat Global Ikhwan (WBSGI), Pusat Sehenti Sukan Sunnah dan Chalet GISBH terus menerima kunjungan pelbagai lapisan masyarakat, kali ini dikunjungi oleh Ketua Polis Pahang, YH CP Datuk Seri Yahaya Othman yang hadir bersama Syarikat Naurah Travel yang mengadakan doa selamat dan jamuan nasi Arab di sini hari ini.

Beliau yang hadir bersama isterinya menyatakan terima kasihnya kepada GISBH kerana dapat datang untuk pertama kalinya mengikuti pelbagai aktiviti dan program di sini.

“Kita merasakan seperti berada di sebuah taman yang penuh dengan perkara-perkara atau hal-hal yang melibatkan Rasulullah seperti dari segi binatangnya seperti untanya, kudanya dan kita boleh juga boleh membuat amal-amal ibadat di kawasan ini.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada GISB dan petugas-petugasnya yang memberikan perkhidmatan yang terbaik, terima kasih,” YH CP Datuk Seri Yahaya Othman.

Antara yang hadir, YB Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad,
EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa Dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang dan YB Tuan Hassanuddin bin Salim, ADUN Kuala Semantan.

Seramai 85 orang jemaah Haji dari Naurah Travel dan Pos Laju telah hadir ke WBSGI setelah selesai menunaikan ibadah haji tahun ini.

Moga hasrat Pengerusi Eksekutif GISB Holdings untuk menjadikan WBSGI tempat pertemuan dan perbincangan pemimpin-pemimpin masyarakat Islam akan menjadi kenyataan untuk saling berkenal-kenalan dan bekerjasama dalam kebaikan dan ketakwaan.

Views: 394

Reviews for Ketua Polis Pahang hadir ke Wadi Berkat Syarikat Global Ikhwan

There are currently no reviews for Ketua Polis Pahang hadir ke Wadi Berkat Syarikat Global Ikhwan
Scroll to top