KLMUC jalin kerjasama GISBH rangka pakej pembelajaran lebih praktikal

Views: 3

KUALA LUMPUR, 25.08.2022
KLMUC (Kuala Lumpur Metropolitan University College) menjalin kerjasama dengan GISBH dalam merangka pakej pembelajaran yang lebih praktikal dan memberi pulangan kepada graduannya di sini, baru-baru ini.

KLMUC diwakili Prof. Dr. Syed Helmy selaku Naib Canselor, En Aidil Adzhar (Pendaftar) dan En Faizal Jusri (Pengarah Bahagian Jualan) manakala GISBH diwakili oleh Ybhg Tuan Hasnan Abdul Hamid (Ketua Pegawai Operasi) dan Tuan Mohd Syukri Mohd Nor (Pegawai Tadbir Syarikat)

KLMUC dipunyai oleh GLC (Government Linked Company) yang antara tujuan ia diwujudkan adalah untuk mengusahakan seramai mungkin orang-orang Melayu yang mempunyai kelulusan PhD menjadi pasukan pengurusan di pelbagai syarikat.

Keberadaan orang Melayu beragama Islam di bahagian pengurusan ini, memudahkan para staf melaksanakan ibadah fardhu seperti sembahyang tanpa sebarang halangan, sebagaimana pernah dialami sendiri oleh Prof. Dr. Syed Helmy selaku Naib Canselor KLMUC.

Menurut beliau, dasar KLMUC tidak sama dengan dasar dan pendekatan universiti lain, yang lebih mengutamakan penyelidikan dan menjaga ranking universiti di dalam senarai universiti-universiti dunia di mana penyelidikan atau ‘research’ itu hanya menaikkan nama golongan profesor sahaja.

Antara matlamat dan dasar KLMUC adalah melaksanakan pakej pengajian yang lebih praktikal dengan memberi peluang pelajar bekerja semasa belajar untuk mendapatkan pengalaman disamping membantu meningkatkan ekonomi keluarga memandangkan ramai pelajar datang dari golongan B40.

Jika pelajar tidak memperolehi pekerjaan selepas tamat belajar, KLMUC akan memulangkan separuh daripada yuran pengajian kerana adalah menjadi komitmen KLMUC dalam memastikan graduannya mendapat pekerjaan.

Justeru, untuk melaksanakan dasar ini, KLMUC bercadang melaksanakan Program Learn And Earn di mana pelajar-pelajar berpeluang mendapat pengalaman dan kewangan sewaktu mereka belajar.

Prof. Dr. Helmy yakin GISBH sudah cukup lengkap dari segi kemahiran cuma kekurangan di sudut persijilan sebagai pengiktirafan.

Seterusnya Program Keusahawanan bakal dilancarkan bertujuan menjadikan para graduan KLMUC sebagai usahawan yang berjaya, dengan bimbingan GISBH.

Pertemuan merupakan kunjungan balas GISBH kepada pasukan utama KLMUC yang telah hadir bertemu GISBH di beberapa pertemuan sebelum ini.

Islam itu indah dan membahagiakan lebih-lebih lagi apabila pelaksanaannya dibuat dengan penuh penghayatan di seluruh aspek kehidupan khususnya di bidang pendidikan yang merupakan nadi bangsa dan negara.

Views: 3

Reviews for KLMUC jalin kerjasama GISBH rangka pakej pembelajaran lebih praktikal

There are currently no reviews for KLMUC jalin kerjasama GISBH rangka pakej pembelajaran lebih praktikal
Scroll to top