Kompleks Halal Food Industrial Pattani Province, peluang GISBH terlibat dalam Food Security Thailand

Views: 35

PATTANI, 01.06.2023
YDH Tuan Ahmad Anuar Abdul Rahman, Pengarah Jabatan Pertanian dan Penternakan GISBH mewakili Pengerusi Eksekutif, Tuan Nasiruddin Mohd Ali telah mengadakan lawatan ke One Stop Service Centre, Halal Food Industrial Pattani Province di Ban Nam Bo, Panare di sini semalam.

Lawatan ini atas saranan Dr. Kriangsak Saengchan
Penasihat Wakil Khas Kerajaan (Bahagian Ekonomi) Office of the National Security Council iaitu Pegawai Tinggi Kerajaan Thailand yang bertanggung jawab dengan projek ekonomi di bawah Majlis Keselamatan Negara Thailand.

Terdahulu, beliau yang gembira dan yakin dengan kemampuan GISBH setelah menonton video profil GISBH di dalam sebuah majlis kira-kira sebulan yang lalu telah memberi no telefon bimbit peribadinya kepada Pegawai Tadbir Syarikat GISBH di Thailand, En Maaruf Hj Kasim untuk terus berhubung.

Turut serta bersama YDH Tuan Ahmad Anuar dalam lawatan ini, Tuan Mohd Aminuddin Sani, Pengarah GISBH Thailand, Tuan Yahya Zakaria, Ketua Setiausaha Zon GISBH Thailand dan En Maaruf Hj Kasim.

Atas arahan Dr Kriangsak Saengchan
rombongan GISBH dibawa oleh Mr. Sanong Chanrak, bekas Pegawai Daerah Thepha melawat keseluruhan kompleks tersebut. Turut serta dalam lawatan ini, Mr Vichet Saikeeseng, Pegawai Daerah Panare, Mr Adam Woha, Penggawa Mukim Nam Bo, Daerah Panare dan pasukan mereka.

Kompleks One Stop Service Centre, Halal Food Industrial Pattani Province ini berkeluasan 15.6 ekar, telah siap dibangunkan 15 tahun lalu tetapi malangnya ia terbiar tidak digunakan.

Bangunan pentadbirannnya mempunyai pejabat pentadbiran dan bilik mesyuarat yang luas.

Di dalam kompleks ini telah dibangunkan 3 buah reban ayam (close house) automatik yang mempunyai screw feeder untuk makanan ayam, sistem air minuman, lengkap dengan cooling pad dan exhaust fan yang setiap satunya boleh menempatkan 30,000 ekor ayam ertinya jumlah ayam yang boleh dibela setiap batch adalah 90,000 ekor.

Reban yang lengkap dengan set generator untuk menampung bekalan elektrik jika terputus ini hanya pernah digunakan sekali sahaja sejak kompleks ini siap dibina.

Terdapat juga di sini, sebuah fidlot yang boleh memuatkan 300 ekor lembu dan sebuah bangunan kosong yang boleh digunakan sebagai rumah sembelihan ayam atau rumah memproses makanan.

Untuk penempatan staf pula terdapat 60 buah unit rumah kecil 2 tingkat dengan satu ruang tamu, dapur dan bilik air di tingkat bawah serta 2 bilik di tingkat atas.

Selain dari itu, kompleks ini juga mempunyai tanah seluas 49.9 ekar yang belum dibangunkan yang boleh menjadi ladang tanaman rumput napier untuk lembu untuk tanaman jagung untuk ayam.

Pengerusi Eksekutif GISBH bersetuju untuk berunding lanjut dengan Penasihat Wakil Khas Kerajaan bahagian Ekonomi, Dr. Kriangsak Saengchan bagi merealisasikan hasrat untuk memanfaatkan kompleks ini untuk kebaikan bersama.

Moga segala yang dirancang atas peluang yang Allah beri ini bukan sahaja mengukuhkan hubungan dua hala antara syarikat GISBH dengan pihak berkuasa di Pattani malah menguatkan hubungan antara dua negara; Malaysia dan Thailand seperti yang diharapkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

Views: 35

Reviews for Kompleks Halal Food Industrial Pattani Province, peluang GISBH terlibat dalam Food Security Thailand

There are currently no reviews for Kompleks Halal Food Industrial Pattani Province, peluang GISBH terlibat dalam Food Security Thailand
Scroll to top