Kunjungan Aidil Fitri Senator Datuk Ras Adiba Radzi ke Vila GISBH Pusat

Views: 15

RAWANG, 19.05.2023
Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Ras Adiba Mohd Radzi telah mengunjungi Vila GISBH Pusat atas jemputan YDH Tuan Nasiruddin Mohd Ali, Pengerusi Eksekutif GISBH di Jalan KE 3/3A, Kota Emerald, di sini semalam.

Beliau yang tiba ke perkarangan vila dengan kenderaan GISBH bersama pimpinan Muslimah jam 8.27 malam disambut ke ruang tetamu oleh YDH Tuan Pengerusi Eksekutif bersama pengurusan tertinggi GISBH iaitu Ahli Lembaga Penasihat (ALP).

Di ruang tetamu, YB Senator diperkenalkan dengan barisan pimpinan GISBH yang belum beliau kenali oleh Pegawai Tadbir Syarikat, Tuan Mokhtar Tajuddin.

Turut meraikan beliau, ALP Muslimah yang merupakan isteri kepada Pengerusi Eksekutif, YDH Puan Azura Mohd Yusof dan pimpinan muslimah yang lain.

YB Senator juga berpeluang menonton tayangan video perkembangan GISBH iaitu suasana terkini di Wadi Berkat Dato’ Ibu Hudaibiyah (WBDIH) di Saudi.

Beliau meluahkan rasa rindunya kerana di Wadi Coffee House ‘WBDIH’lah beliau menikmati makanan Malaysia yang hampir mustahil ditemui di luar negara iaitu tapai pulut. Di situ juga beliau mula berkenalan dengan Tuan Pengerusi Eksekutif dan GISBH.

Seterusnya beliau menonton tayangan projek Ayam Sihat Ikhwan yang terbukti mempunyai banyak manfaat hingga YB Senator terus menawarkan apa-apa khidmat yang sesuai daripadanya jika diperlukan untuk memastikan projek empayar ayam Ikhwan ini benar-benar berlaku dan memberi kebaikan kepada semua.

Meraikan YB Senator anak jati Negeri Sembilan, Tuan Nasiruddin menghidangkan makanan tradisi Negeri Sembilan seperti, masak lemak daging salai, perut masak lemak cili api, pucuk ubi masak lemak tempoyak, siput sedut masak lemak, masak lemak pisang muda, ulam-ulaman dan sambal belacan juga masakan lain seperti ikan masak asam pedas, ayam goreng ikhwan dengan pemanis mulut ais krim Musang King Ikhwan.

YB Senator berkongsi pengalaman bagaimana beliau mula terlibat di bidang penyampaian berita dan penyiaran yang bermula sejak beliau kanak-kanak lagi.

Beliau juga berkongsi bagaimana berhadapan dengan karenah orang ramai khasnya mereka yang tidak mempunyai kesedaran dalam menghormati hak OKU seperti penggunaan tandas dan pakir kenderaan.

YB Senator berterima kasih kepada YDH Pengerusi Eksekutif atas jemputan ini dan menyatakan akan datang ke Majlis Rumah Terbuka GISBH Sabtu ini, 20 Mei 2023 di PPIBCH Rawang.

Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati berupa hamper produk keluaran Ikhwan dan bergambar.

Sambil berseloroh, YB meminta izin untuk berswafoto dan mengatakan sekarang semua orang nak bergambar dengan GISBH, “Den nak tunjuk kek Tun M dan Anwar, den pun ado bergamba dengan orang-orang GISBH,” ujarnya.

Views: 15

Reviews for Kunjungan Aidil Fitri Senator Datuk Ras Adiba Radzi ke Vila GISBH Pusat

There are currently no reviews for Kunjungan Aidil Fitri Senator Datuk Ras Adiba Radzi ke Vila GISBH Pusat
Scroll to top