Kunjungan Delegasi GISBH ke pejabat NCMF di Metro Manila

Views: 920

MANILA, 24.01.2024
Pengerusi Eksekutif (PE) merangkap Ketua Pegawai Eksekutif GISBH, YBhg Tn. Hj. Nasiruddin Mohd Ali mengetuai delegasi GISBH melakukan kunjungan rasmi ke penjabat National Commission of Muslim Filipinos (NCMF) di Metro Manila di sini, hari ini dalam rangka misi Silaturrahim, Ziarah, Dakwah dan Tijarah di Filipina.

NCMF adalah Suruhanjaya yang berada terus di bawah Pejabat Presiden Filipina, bertanggungjawab ke atas hal ehwal orang Islam seluruh Filipina.

Di antara tanggungjawab mereka ialah berkaitan pengurusan Halalan Toyyiban, Haji & Umrah dan lain-lain.

Turut bersama Tn. PE, para Ahli Lembaga Penasihat (ALP) GISBH, Tn. Hj. Mohd Fadhil Yasin dan Pn. Hjh. Azura Mohd Yusuf bersama barisan Pengarah Zon, Pegawai Tadbir Syarikat dan kepimpinan Muslimah.

Rombongan disambut oleh Engr. Rahmatol M Mamukid, salah seorang Pengarah NCMF bersama pasukannya seramai 4 orang.

Terdahulu, NCMF telah pernah mengadakan perbincangan awal melalui aplikasi Zoom dengan wakil GISBH pada Disember 2023 yang lalu.

Perbincangan kali ini berlangsung selama 2 jam, berkisar tentang kerjasama yang boleh dibuat dalam usaha untuk meningkatkan ekonomi umat Islam terutamanya dalam membekalkan produk makanan halalan toyyiban kepada masyarakat Islam.

Tn. PE GISBH dalam ucapannya mengajak semua kepada mengutamakan pembangunan insaniah dengan memberi kefahaman berkaitan habluminallah dan habluminannas yang menjadi modal utama untuk Islam menempa kejayaan.

Satu Memorandum Persefahaman sedang diusahakan untuk ditandatangani oleh kedua-dua pihak agar keberadaan GISBH di Filipina dalam menjalankan pelbagai aktiviti mendapat sokongan serta dokongan kerajaan serta agensi-agensi yang berkaitan.

Pertemuan diakhiri dengan penyerahan cenderahati berupa produk-produk Ikhwan Brand oleh Tn. Hj. Nasiruddin kepada Engr Rahmatol M Mumakid.

Moga dengan perhubungan yang baik dengan pihak berwajib melalui wakil rasminya, segala aktiviti GISBH di Filipina dimudahkan oleh Allah Taala.

Views: 920

Reviews for Kunjungan Delegasi GISBH ke pejabat NCMF di Metro Manila

There are currently no reviews for Kunjungan Delegasi GISBH ke pejabat NCMF di Metro Manila
Scroll to top