Kunjungan hormat KPP GISBH ke atas TYT Duta Besar Malaysia ke Saudi Arabia

Views: 357

RIYADH, 30.01.2023
Ketua Pegawai Penyelaras (KPP) GISBH, YBhg Tn. Hj. Muhammad Adib At-Tamimi, mewakili Pengerusi Eksekutif (PE) GISBH, YBhg Tn. Hj. Nasiruddin Mohd Ali, mengetuai rombongan GISBH telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, TYT Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah di Kedutaan Besar Malaysia ke Saudi di sini baru-baru ini.

Turut bersama Tn. KPP, Tn. Abbad At-Tamimi, Pengarah Zon (PZ) GISBH Haramain, beberapa PZ serta staf GISBH yang lain berjumlah 14 orang semuanya termasuk 3 wakil muslimah.

Ini juga merupakan kunjungan balas terhadap TYT Duta yang berkunjung ke Wadi Berkat Dato’ Ibu Hudaibiyah (WBDIH) di Mekah bersama keluarga pada 31 Desember yang lalu.

Dengan menaiki 3 buah kenderaan iaitu GMC, Land Cruiser dan Motohome, rombongan Tn. KOP sampai ke Kedutaan Besar Malaysia, Riyadh jam 11.30 pagi dan disambut oleh En Mohamad Azli Mohamad Aishaari, pembantu peribadi TYT Duta.

Apabila TYT Duta tiba, Tn. KPP dan para PZ berkongsi perkembangan terkini GISBH dan perjalanan Tn. PE di Borneo juga dikongsikan penyertaan Tn. Adib yang merupakan satu-satunya wakil Malaysia dalam Kejohanan Kuda Lasak (Endurance) 100km di AlKhalediyah Farm.

TYT Duta pula ada berbincang isu semasa negara-negara Islam khususnya isu Palestin, juga keadaan di Libya kerana beliau pernah bertugas sebagai Duta di sana dan beliau mengalu-alukan agar GISBH membuka cawangan restoran di Riyadh.

Sebagai kenangan dan tanda penghargaan, Tn. Adib mewakili Tn. PE menyampaikan plak cawangan GISBH seluruh dunia kepada TYT Duta.

Rombongan GISBH kemudian bergerak ke Rumah Malaysia Riyadh untuk menikmati jamuan makan tengahari di mana ketibaan mereka disambut oleh isteri TYT Duta, Datin Zuhaila Abd Latiff.

Selesai makan tengahari, Tn. Adib bersama yang lain menyampaikan hadiah alunan sebuah nasyid berjudul ‘Cintailah Malaysia’.

TYT Duta, isteri dan para staf kedutaan turut berpeluang meninjau dan bergambar dengan motorhome GISBH.

Moga dengan kunjungan seperti ini boleh menambah ikatan ukhuwah dan kasih sayang sesuai dengan moto GISBH, Silaturrahim, Ziarah, Dakwah dan Tijarah.

Views: 357

Reviews for Kunjungan hormat KPP GISBH ke atas TYT Duta Besar Malaysia ke Saudi Arabia

There are currently no reviews for Kunjungan hormat KPP GISBH ke atas TYT Duta Besar Malaysia ke Saudi Arabia
Scroll to top