Kunjungan hormat Pengerusi Eksekutif GISBH ke atas Duta Besar Malaysia ke Filipina

Views: 707

MANILA, 24.01.2024
Delegasi GISBH yang diketuai oleh Pengerusi Eksekutif (PE), YBhg Tn. Hj. Nasiruddin Mohd Ali telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Duta Besar Malaysia ke Filipina, TYT Dato’ Abdul Malik Melvin Castelino Anthony di Kedutaan Besar Malaysia di Filipina, Makati, Metro Manila di sini hari ini.

Turut bersama Tn. PE, para Ahli Lembaga Penasihat (ALP) GISBH, Tn. Hj. Mohd Fadhil Yasin, Pn. Hjh. Azura Mohd Yusof, barisan Pengarah Zon, Pegawai Tadbir Syarikat (PTS) dan Kepimpinan Muslimah.

TYT Duta berpengalaman berkhidmat lebih dari 22 tahun di dalam dan luar negara, termasuk sebagai Duta Malaysia ke Itali.

Turut hadir di pihak Kedutaan ialah Deputy Chief of Mission, Trade Commissionner, Minister Counsellor, pihak Keselamatan dan lain-lain.

TYT Duta mengalu-alukan kedatangan Tn. PE GISBH berserta rombongan ke Manila serta mengucapkan tahniah dan terima kasih atas keberadaan GISBH membuka perniagaan restoran di Marawi City, selatan Filipina.

Di pertemuan ini, kedua belah pihak menyentuh pelbagai topik seperti produk halal, budaya masyarakat tempatan, dan hal-hal keselamatan di selatan Filipina.

Pihak TYT Duta juga berharap sebagaimana keberadaan GISBH di Marawi City, GISBH turut juga membuka cawangan di Metro Manila.

Pihak GISBH berpeluang menayangkan video profail GISBH di mana TYT Duta turut gembira dan mengucapkan tahniah atas pencapaian GISBH di bidang perniagaan dan khidmat masyarakat di dalam dan luar negara.

Pertemuan diakhiri dengan penyerahan cenderahati oleh Tn. PE GISBH kepada TYT Duta serta sesi bergambar.

Moga perhubungan baik antara kedua belah pihak akan membuahkan kerjasama yang memberi faedah baik kepada semua.

Views: 707

Reviews for Kunjungan hormat Pengerusi Eksekutif GISBH ke atas Duta Besar Malaysia ke Filipina

There are currently no reviews for Kunjungan hormat Pengerusi Eksekutif GISBH ke atas Duta Besar Malaysia ke Filipina
Scroll to top