Kunjungan hormat Pengerusi Eksekutif GISBH ke atas Mantan Ketua SPRM

Views: 643

SHAH ALAM, 09.01.2024
Pengerusi Eksekutif GISBH, YBhg Tn. Hj. Nasiruddin Mohd Ali telah melakukan kunjungan hormat ke atas YBhg. Tan Sri Abu Kasim Mohamed, mantan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini.

Turut mengiringi beliau, Ketua Pegawai Operasi GISBH, YBhg. Tn. Hj. Hasnan Abdul Hamid, Ahli Lembaga Penasihat Muslimah, Pn. Hjh. Azura Mohd Yusof, para Pengarah Zon dan Pegawai Tadbir Syarikat.

Kunjungan ini sebagai menyambut pelawaan Tan Sri yang sebelum ini singgah menjamu selera di Restoran Nur Malaysia Tashkent, milik GISBH, ketika lawatan perniagaan beliau ke Uzbekistan, bulan Disember 2023 yang lalu.

Setelah bersara, Tan Sri berkecimpung di bidang pertanian khususnya sebagai Pengerusi Koperasi Kebuniti Selangor Berhad (KKSM) di mana di bawahnya terdapat Kobuniti Agropark yang terletak di Seksyen U12 yang berkonsepkan model kebun komuniti dikenali Plot Kebun Keluarga Malaysia (PKKM).

Melalui Kobuniti Agro Park, KKSM telah berjaya menghasilkan baja organik dan juga baja biochar yang sangat bermanfaat kepada para petani.

Pertemuan diakhiri dengan jamuan makan tengahari oleh Tan Sri di Restoran Khulafa Nasi Kandar yang berdekatan.

Sebelum beredar Tn. Pengerusi Eksekutif menyerahkan cenderahati kepada Tan Sri berupa produk-produk Ikhwan Brand dan juga Lemang dan Rendang Ikhwan.

Moga ikatan ukhuwah dan kasih sayang sesama umat Islam dapat saling kuat menguatkan antara satu sama lain demi kekuatan ummah.

Views: 643

Reviews for Kunjungan hormat Pengerusi Eksekutif GISBH ke atas Mantan Ketua SPRM

There are currently no reviews for Kunjungan hormat Pengerusi Eksekutif GISBH ke atas Mantan Ketua SPRM
Scroll to top