Kunjungan Hormat Pengerusi Eksekutif GISBH, TYT Duta Besar Malaysia ke Republik Indonesia

Views: 9

JAKARTA SELATAN, 31.03.2023
Pengerusi Eksekutif GISBH, YDH Tuan Nasiruddin Mohd Ali telah melakukan satu kunjungan hormat bersama para pimpinan GISBH ke atas Duta besar Malaysia ke Republik Indonesia, TYT Dato’ Syed Md Hasrin Tengku Hussin, di sini hari ini.

Pertemuan ini adalah program pertama siri silaturrahim; ziarah, dakwah dan tijarah Tuan Nasiruddin dan rombongan di bumi Indonesia yang bermula pada 28.03.2023 lalu.

Turut menyertai Tuan Pengerusi Eksekutif ialah Tuan Hasnan Abdul Hamid, COO GISBH dan Tuan Mohd Fadhil Yasin, ALP yang bertanggung jawab di seluruh cawangan GISBH di Indonesia serta 6 orang lagi ahli rombongan yang bergerak dari Vila GISBH Sentul, Bogor menuju Kedutaan Besar Malaysia di Kuningan, Karet Kuningan, Kecamatan Setiabudi, Kota Jakarta Selatan dengan diiringi kawalan Polis Militari.

Rombongan disambut mesra oleh TYT Duta Besar yang memang mengenali Tuan Pengerusi Eksekuti GISBH kerana beliau pernah mengunjungi Vila GISBH di Dubai sewaktu bertugas sebagai konsul di Dubai, U.A.E pada Aidilfitri 2017.

Di pertemuan ini, YDH Tuan Nasiruddin berkongsi perkembangan terkini GISBH di seluruh dunia di antaranya sambutan baik pelbagai lapisan masyarakat atas kedatangan GISBH ke Selatan Thai samada pegawai tinggi tentera, gabenor dan pegawai daerah juga para tuan guru pondok dan ahli-ahli perniagaan.

Begitu juga perkembangan pasukan Motohomes GISBH yang telah menjelajah 28 buah negara mempromosi Malaysia dan Islam malah menyertai misi bantuan gempa bumi di Gaziantep, Turkiye.

Di kesempatan itu juga telah ditayangkan profil GISBH dan respon spontan TYT Duta “Tahniah GISBH!,”dan beliau juga kagum dengan kerjasama GISBH bersama mantan Timbalan Perdana Menteri Thailand, Prof Dr Bhokin Bhalakula dalam membangunkan penternakan Ayam Sihat Ikhwan di Thailand.

Semoga perhubungan mesra antara GISBH dan pihak Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia akan berterusan dan dapat mewujudkan pelbagai kerjasama untuk kebaikan rakyat kedua negara khususnya buat umat Islam.

Views: 9

Reviews for Kunjungan Hormat Pengerusi Eksekutif GISBH, TYT Duta Besar Malaysia ke Republik Indonesia

There are currently no reviews for Kunjungan Hormat Pengerusi Eksekutif GISBH, TYT Duta Besar Malaysia ke Republik Indonesia
Scroll to top